KESIAN KAT ANAK : Senjata Makan Tuan !
Semua ibubapa sayangkan anak. Bila sayang timbul perasaan "kesian" terutama apabila anak buat muka sedih minta sesuatu. Namun jika disalah-urus "kesian" tadi bawa banyak masalah di kemudian hari. Dah lupa karya agung TS P.Ramlee dgn "Anakku Sazali"?
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku bagi HP w/pun baru Tahun 5. Semua kawan2 baik dia ada HP. Laa sepupu2 dia di kampung pun pakat ada HP"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku tak marah di pergi tengok wayang dengan budak lelaki kelas dia sebab kawan2 dia semua ada boyfriend"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku tak gamak nak kejut dia solat subuh ... semalam dia balik lewat pergi rombongan sekolah"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku bagi dia motorsikal w/pun cuma 1 km dengan sekolah. Laa semua kawan2 dia ada motorsikal"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku biar dia keluar pergi main rollerblade walaupun malam sekolah. Dekat saja dengan rumah. Lagi pula kawan2 dia semua ada"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku izinkan dia tonton drama TV tu. Dah ikut banyak siri. Tahu cerita dan seronok katanya. Sampai kekadang menangis. Wooo ... enjoy sungguh dia. Tak sampai hati nak tutup TV walaupun esok bersekolah"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku tak kata apa2. Aku faham. Dia dan kawan2 dia memang geram dan marah kat Cikgu tu. Selalu marah anak aku dan kawan2nya ... sebab sikit saja. Tak buat homework. Biarlah dia orang nak ajar Cikgu tu sikit"
Sebab kesian kat anaklah ... "Aku biarkan .... aku tahu anak mudakan. Walaupun pakaian nampak sexy .... anak aku tu baik. Dia pandailah jaga diri"
Ini yang selalu berlaku.
Kesian. Kesian. Kesian. Itu alasan lazim yang kita dengar kenapa ibubapa terlalu lembut atau liberal memberi kebebasan kepada anak atau senang memenuhi setiap hajat anak.
Ya, sekarang mereka berikan kerana kesian.
Bayang kesannya mungkin sebulan dua lagi, 4-5 bulan lagi atau setahun dan lebih dari sekarang. Kesian sebenarnya adalah "senjata makan tuan" !!
-- Yang diberi HP kerana kesian pada mulanya kini asyik buang masa, abaikan pelajaran, prestasi merudum dan pandai masuk laman2 terlarang. Nak ambil balik berperang dengan anak, nak biarkan ternyata mendatang pelbagai masalah. Kenapa ... sebab dulu kesian.
-- Yang dibiarkan dulu tonton wayang dengan budak lelaki, kini bukan saja selalu keluar malah dah pandai ke merata tempat berdua-duaan. Kita marah bermasam muka habis. Kita larang buat dek saja. Nak kurung kat rumah .... berperang juga. Kenapa ... sebab dulu kesaian.
-- Bukan saja Solat Subuh, solat lain pun mula longgar. Ditegur, dinasehat ... masuk telinga kiri, keluar kanan. Kenapa ... sebab dulu kesian.
-- Dulu bagi motorsikal untuk mudah ke sekolah. Sekarang kekadang dah pandai ponteng sekolah. Markah ... dah banyak warna merah. Dulu sikit2 saja. Mudah sebab ada motorsikal. Dah lah tu. Hujung minggu tak nampak batang hidung. Kekadang malam baru balik rumah. Ni semua sejak ada motorsikal. Tegur, marah dan nasehat langsung tak ada kesan. Kenapa ... sebab dulu kesian.
-- La sekarang ni suka sangat keluar malam. Dulu sesekali sekala sebab tu ayah dia bagi. Sekarang kerap sangat keluar sendiri walaupun malam sekolah. Waktu mana buat kerja sekolah aku pun tak pasti. Tak boleh halang langsung. Ayah dia buat tak kisah saja. Tu sebab ayah dia bagi muka kat dia dulu. Kesian sangat katanya.
-- Bukan di TV3 saja ... drama2 di Astro, TV1 dan entah2 apa lagi Channel semua jadi tontonan dia .. asal drama. Esok sekolah kem, esok ada peperiksaan ke .. sama saja. Dah melekat. Perangai pun lain macam sekarang. Ye lah dulu mula2 ... sebab kesian.
-- Beberapa kali juga Pengetua panggil kami (aku dan mak dia) ke sekolah sebab bukan saja ganggu budak perempuan, Cikgu perempuan pun kena kacau. Langsung tak hormat kat Cikgu. Dulu dia dok complain mengenai Cikgu ... aku pun layan. Bukan apa ... kesian.
-- Menyesal sungguh2. Malu sangat2. Nasib baik buat abortion cepat2 dan tak ramai yang tahu. Adik beradik terdekat dan beberapa orang guru saja. Langsung tak sangka. Tu baru Tingkatan 3. Apa boleh buat ... sebab dulu kesian.
Ya silap bicara.
Kesian :"senjata makan tuan" yang cukup banyak di luar sana.
Biar kerana kesian kita tegas dengan anak.
Ini kita bicara lain kali.
Bukan kerana kesian ... anak dilayan lebih2. Anak dimanja tanpa sempadan. Anak dibela tanpa alasan.
ANDA JUGA KESIAN ANAK ... kesian yang membawa reba nanti ?
Kesian yang bagi banyak masalah nanti ?
Fikir2. Untuk direnung bersama.
Dr.Shukri Abdullah / Yan / 30.3.16
Sumber : http://tipsmengandung.blogspot.com/2016/03/pakar-motivasi-sahkan-banyak-kesan.html