Apa itu Metered Earnings dan Buffered Earnings

Assalamualaikum salam 1 Malaysia. Apa khabar kawan-kawan cikgu diluar sana? Harap sihat memanjang yak semoga sihat dan sempat kita sampai ke bulan Ramadhan 2011 ini. Pastu boleh beraya pulak ye. Terasa cepat masa berlalu. Bila sebut pasal raya, mesti teringat duit raya. Hari ini cikgu nak cerita macam mana nak dapatkan duit raya dari Nuffnang lagi iaitu dengan Buffered Earning & Metered Earnings.Terus terang cikgu cakap dulu senang2 je kita boleh dapat buffered sebab bilangan blogger tak seramai hari ni.Even traffik kita ciput pun kalau kena keyword memang akan dapat buffered berderet.Tapi sekarang bilangan blog dah bertambah so advertiser akan decide blog mana akan dapat buffered.



Sebelum tu meh cikgu cerita sikit perbezaan Buffred & Metered.

Buffered earning – Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).

Metered earning – Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.

Bila kita dapat buffered apa yang penting adalah kita dapatkan traffik sebab earning buffered bukan macam kempen ads biasa dimana nilai earning ditentukan melalui klik sebab buffered bukanlah satu kempen CPC (cost per click).Dan biasanya nilai earning dalam buffered ditentukan melalui nilai impression yang diberi oleh advertiser.Mungkin 1000 or mungkin 10000 bergantung pada traffik blog tu.Kalau ada klik pada kempenbuffered itu maka ia adalah Bonus CTR iaitu 0.2% dari nilai buffered.Jadi bila buffered ni dah habis dan tamat impression nilai buffered earning akan dicampurkan dengan nilaiCTR so bertukar menjadi metered.

Mak aiyh panjang berjla dah.Sekarang korang faham tak apa itu buffered apa itu metered.Bila korang dah faham kan so boleh saya proceed ke acara yang seterusnya iaitu cara2 untuk dapatkan buffered. Apa yang penting dalam mengejar impian korang mendapatkan buffered ialah :

1) Update Survey Profile

Ni adalah profile korang sebagai Nuffnangers.Advertiser akan tengok benda ni dulu.Untuk korang menarik perhatian diorang supaya tabur zakat kat buffered earning korang perlu tulis something yang best2 pasal diri korang.Apa yang membuatkan korang unik dari orang lain.

Nak update profile survey macam ni :

Dashboard -> Edit Survey -. tulis apa yang korang suka

2) Update Blog Survey

Yang ni kedua terpenting.Benda ni menetukan hala tuju buffered tu ke arah mana.Adakah mencapai sasaran Perdana Menteri ke Wawasan 2020 ke tak.Dalam survey ni korang kene pilih betul2 apa yang ada dalam blog korang.Kalau korang banyak tulis pasalmakanan maka pilihlah food dan kalau korang banyak tulis pasal personal pilihpersonal.Jangan pilih ikut mood dan ikut suka sebab kalau tak kena Niche macam mana advertiser nak kasi korang buffered.

Nak Update Blog Survey macam ni ;

Dashboard -> Blog manager -> Update Survey -> Jawab soalan tu

Tu dua yang penting.Lepas dah buat benda2 kat atas tadi silalah beramah mesra dengan blogger lain.Bila korang beramah mesra maka traffik akan datang ke blog korang.Tapi korang kenalah tulis something yang best2 barulah traffik tetap akan datang ke blog.

p/s :

- Yang penting kalau dah buat tak dapat jugak buffered anggap je tiada jodoh antara korang ngan buffered so cuba lagi mengorat advertiser sampai diorang cair.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

Previous Post Next Post