Tips Pemakanan Sihat

Hari ni mari berkongsi sedikit tips tentang pemakanan sihat. Mesti ramai yang cakap nak amalkan pemakanan sihat ni susah kan? Ye,memang susah pun sebenarnya. Dan kalau nak kekalkan tu lagi lah susah. Tapi semua benda boleh jadi kalau diri sendiri nak!
Berikut beberapa tips yang boleh diamalkan.
1.  Target satu kejayaan dalam diri anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat.
- Buat secara perlahan-lahan dari masa ke semasa, jangan terlalu memaksa diri ,sebab kalau terpaksa, nanti bila dah malas,korang takkan buat dah.
2. Kunci utama adalah BERSEDERHANA.
- ye sila bersederhana dalam makanan anda. Makan secara sederhana, jumlah yang sederhana , saiz porsi yang sederhana. Dan bersederhana untuk berubah dan bukannya berubah secara mendadak.
3.Sila perhatikan bagaimana anda makan!
- makan dengan perlahan, jangan tergopoh-ergopoh. Bila tergopoh2 anda akan susah rasa kenyang.Kunyah kan makanan tu betul-betul ye.
- Sila kasihankan badan anda. Dengar gerak tubuh anda. Kalau dah kenyang, jangan lah sumbat jugak makanan masuk dalam perut ye. Kesian perut anda.
4.Pelbagaikan warna dalam makanan.
- Ok cuba bayangkan kalau korang pakai baju hujung rambut samapi hujung kaki warna hijau, ape pandangan orang? ni pokok ke ape? tak menarik bukan? ha, macam tu lah makanan kalau dah nampak hijau je, saya pun tak lalu makan. Cuba letak warna merah, kuning, oren, ha, nampak lah sedap sikit kan?
5. Perbanyakkan pengambilan kalsium.
- Ha, silalah rajin-rajin kan minum susu ye semua! Semua pun tahu susu itu baik untuk kesihatan. Kalau tak boleh susu putih, coklat dan strawberi pun boleyh:)
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post