Yakjuj Makjuj Suatu Misteri

Saya petik dan edit sedikit bahasa dan ejaan artikel yang bersumberkan ibnuyusof megasutera. Selanjutnya:


Kaum Yakjuj dan Makjuj ialah kaum ganas yang menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat tarikh kiamat akan berlaku tetapi tanda-tanda kecil berkaitan dengannya dikatakan sudah banyak berlaku. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah salah satu daripada 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya, Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah beliau sebenarnya? Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang dibina oleh baginda pun masih tiada jawapan yang jelas.




Kitab suci al-Qur’an memerihalkan semua hal ini agar umat Islam kajian lanjut. Itu kehendak Allah. Keadaan ini lebih baik berbanding dengan “spoon-feeding” kerana hal itu akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran. Kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan "alien" menyebabkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut: Adakah kejadian itu ada kaitan secara langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj? Adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas atas muka bumi?


Siapakah sebenarnya kaum Yakjuj dan Makjuj? Berdasarkan sumber al-Qur’an dan hadis, ternyata bahawa mereka adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi, yang terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).


Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan menjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tetapi kesemua riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh

manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).

Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? Daripada sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambil kira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.



Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain sejak zaman-berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangka masa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj dan Makjuj keluar semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. 

Tetapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula. Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. Apabila Allah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan seperti yang telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilangan mereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudah menggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan  hinggalah sampai pada saat Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.


Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Everyday, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight through it, the one who is in charge of them says, "Go back; you can carry on digging tomorrow," and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, "Go back; you can carry on digging tomorrow, InshaâAllah." In this case, he will make an exception by saying InshaâAllah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. 

They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, "We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven." Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…"By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat." (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post