Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
1. Akauntabiliti Terhadap Negara
Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-guru juga perlu :
• Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
• Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
• Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secaracergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
• Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid.
• Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
2. Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
3. Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut:
• Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang pendidikan dan negara.
• Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa.
• Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga mereka.
• Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid.
• Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri
Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri:
• Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga.
• Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram.
• Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru.
• Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama.
• Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan.
• Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa atau eletronik.
• Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa lapang.
5. Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja
Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:
• Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum.
• Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
• Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.
• Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.
• Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar.
Bahan Rujukan:
1. Buku Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) Aspek Kompetensi Profesional.
m/s 147-151