Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.
Kalau aku ada duit nak jugak aku buatkan istana macam nie untuk bini aku, tapi biarlah dia dapat merasa tinggal dalam bangunan nie...huhu...dan aku dengar semua arkitek yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal ini telah dipancung kepala, supaya tidak ada lagi orang yang dapat menbina monumen seseprtiTaj Mahal...tak tahulah betul ke tak...kejam betul raja tue...
Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:
* Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
* [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
* Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
* Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
* Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
* Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
* Muhammad Hanif - penyelia
* Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
* Pengukir dari Bukhara.
* Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
* Inlayer dari India Selatan.
* Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.
Bahan binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.
Seni khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .
Mitos
Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.
Kontroversi
Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.
Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .
Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.