Bayi Cedera Teruk Diserang Kucing


Seorang Bayi Cedera Dimuka Diserang Kucing : Seorang bayi perempuan mengalami kecederaan dimuka apabila diserang seekor kucing jirannya.

Seorang Bayi Cedera Dimuka Diserang Kucing
Seorang ibu yang dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam mendapati bayinya telah tercedera akibat diserang kucing jiran di dalam katilnya.
Ia mencetuskan desakan awam supaya ada undang-undang digubal bagi mengawal kucing berbahaya seperti dikuatkuasakan ke atas anjing. Menurut Samantha, pengalaman itu amat menakutkan.
Menurut siibu Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.
Georgie Samantha - Bayi Perempuan yg Cedera Dimuka Diserang Kucing

Samantha,23, kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital dan doktor terpaksa mengenakan 17 jahitan untuk mencantumkan semula luka berkenaan.
Luka itu dipercayai akan menjadi parut kekal di kening Georgie. Insiden itu adalah yang terbaru membabitkanserangan kucing ke atas manusia.
“Hingga kini kucing itu masih berkeliaran di halaman kami dan tiada apa dapat dilakukan,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Samantha yang bekerja sebagai seorang pelayan sambilan kini bercadang untuk berpindah ke rumah lain berhampiran Salisbury.
Katanya, kucing itu masuk melalui tingkap terbuka. “Kejadian berlaku pada tengah malam dan ketika saya tiba di bilik Georgie, dia berlumuran darah,” katanya.
Samantha juga bersyukur kerana luka itu tidak menyebabkan mata anaknya terjejas walaupun ianya begitu hampir dengan mata kiri anaknya itu.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

  1. Mujur kucing rumah ni walau 8 ekor, tak pernah la nak serang2. pelik juga yaa. bukan kucing ni haiwan manja ke? takat kena cakaran atau gigitan sikit tu biasa la.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post