Harimau Bintang Tercucuk Beci Pagar


Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar| Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam.
Menurut saksi, harimau bintang itu dikatakan cuba memanjat pagar besi setinggi kira-kira 3 meter.
Bagaimanapun,  tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.

Harimau bintang berusia 4 tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.
Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.
Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar semasa operasi menyelamat itu.
Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.
Kejadian semalam adalah insiden 3 membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan tersebut.
Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.
Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.
Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post