Minum Racun Kerana Isteri Larang Kahwin Lagi


Minum racun kerana isteri tidak benarkan kahwin lagi
Gambar Hiasan
GEORGETOWN — Seorang warga emas bertindak luar jangkaan apabila nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.
ACP Gan Kong Meng (Ketua Polis Daerah Timur Laut) berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.

Beliau berkata, mansa bertindak demikian setelah permintaannya untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.
“Warga emas itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya sabit kesalahan.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post