Cara Membuat Ketupat Daun Palas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Suasana Aidilfitri makin terasa...Lagu-lagu raya juga makin banyak kedengaran di radio. Antara juadah yang popular di hari raya ialah ketupat. Di Utara dan Pantai Timur, ketupat palas memang cukup popular. 

Saya pernah beberapa kali menolong ibu saya membuat ketupat palas. Tapi hasilnya OK la...hehehe

Pernahkah anda membuat ketupat palas?

Foto-foto di bawah mungkin boleh membantu anda untuk menghasilkan ketupat palas. 

Selamat mencuba



Okkayla tanpa membuang masa ini adalah resepi turun temurun dari tokmek.


  • 1 kilo beras pulut (perlu direndam sekurang-kurangnya 3 jam). Petua dari tokmek kalu pulut sekilo maka kelapanya 1 biji. Senang sungguh nisbah ini.
  • 1 biji kelapa yg dibuat 2 gelas santan pekat. Kalau boleh perahan pertama adalah santan yg diperah tanpa air tapi kena perah pakai kain yg bersih.
  • Sedikit gula dlm 2-3 sudu makan gula
  • Satu sudu teh garam
  • Inti ketupat (serunding ikan, daging atau ayam). Ini adalah pilihan, kalu tak nak buh pong okkay tapi dah jadi trend skrg ini ketupat ada inti.
Cara buatnya.
  • Mula-mula kukus pulut yg telah direndam itu sehingga anggaran dlm 20-30 minit la macam nak masak nasi dagang gitew.
  • Pastu angkat pulut dan arong kata tokmek (ni bahasa tengganu) gaul (kata org di sini) ngan santan pekat yg 2 gelas tu bersama gula serta garam hingga mereka sebati ngan pulut. Pastu kukus balik dlm 20-30 lagi.
  • Angkat dan gaul-gaul atau balik-balikkan pulut skit... biarkan sejuk seketika dan pulut sudah ready utk dibungkus ngan daun palas.
  • Pastu bleh la bungkus ngan daun palas hingga abis pulut sekilo. 
  • Rebus atau kukuslah ketupat tu selama 30-40 minit.
sarung ketupat


Serunding ikan utk inti



Santan pekat


Pulut yg telah direndam untuk dikukus kali pertama


Proses meng arong atau menggaul ngan santan pekat, garam dan sedikit gula


Ni pulut yg sudah siap dikukus kali ke 2 dan sudah ready utk proses membungkus


Step bungkus ketupat ni kena ada skil kalu dak tak menjadi.. jadi la ketupat ubi yg tak buncit itew...masukkan inti dulu yer sblm dibalut abis


Ini la skirt ketupat. kalu nak mkn tarik je skrit tu ke kanan pasti berjaya utk dimkan, tak yah nak potong-potong lagi dah



Contoh yg dah siap. Selalu rupanya tak cantik , bucunya tak sama melengkung.


Ni belum dipotong tangkainya lagi. Dah siapkan sume baru potong lebihan tangkainya itu.


Sedia utk dikukus. Ini la ketupat yg berjaya dihasilkan... 

cara buat ketupat palas, resipi ketupat daun palas, cara membuat ketupat daun palas, ketupat pulut, ketupat nasi himpit, rendang ketupat, ketupat nasi, juadah hari raya, ketupat hangit, seronding

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...