Cara Membuat Meriam Buluh


Saya menerbitkan entri ini atas dasar memajukan sistem pertahanan orang kita.

Masa era 90-an dulu perangai tak senonoh saya tak payah cerita la.. Zaman kegelapan orang kata,tak ada lagi islam hadhari,tak ada lagi satu malaysia..Renaissance habis. Langsung tak ada pedoman.

Budak-budak tak pakai seluar lari merata rata.Anak muda tak habis habis bawak lari anak dara orang,makcik-makcik pulak kerja tengok cerita mexico tengah-tengah hari. Pendek kata dalam zaman kegelapan semua tak jadi kerja.

Selaras dengan kepintaran saya, pelbagai senjata moden telah gua "intro"kan bagi mengeluarkan kampung saya dari belengu kegelapan. Antara secret weapon kampung saya yang paling "pergi" adalah meriam buluh.

Kepakaran buat meriam buluh ni bukan semua orang ada,kalau suruh natasha hudson buat pun haram tak berbunyi.Kalaupun budak-budak enjineer yang buat belum tentu boleh fight dengan gua punya meriam.Benda meriam ni banyak pantang larang dia ataupun budak budak makmal panggil precautionary.

Buluh

Perkara yang paling saya "press" kat sini adalah pemilihan buluh.Buluh yang akan saya pakai bukan dari jenis buluh rebung atau buluh putu buluh mahupun putu piring. Buluh hutan jenis muda trang tang tang ataupun tua bangka juga tak berapa juara untuk digunakan.

Seeloknya pilih buluh yang sedang sedang saja.buluh tu saya nak pesan rendam dalam sungai dulu dalam sehari supaya lebih liat dan payah nak pecah. Futhermore,lakukan basement dengan memampatkan tanah liat di hulu buluh untuk hasil yang padu.

Precaution:lilit buluh dengan tiub basikal ataupun tali sampai ke pangkal bagi
mengelakkan buluh pecah

Karbaid

Menatang ni takkan  nak ajar pulak,saya pun tak tau apa nama saintifik dia tapi orang kampung saya guna nak peram buah pelam..Seingat saya dekat plastik dia ada gambar teko warna merah.Untuk setiap letusan yang kemas gua cadangkan bubuh dalam segenggam tangan budak darjah 2.

Precaution:kalau tangan basah tak payah nak gedik ramas karbaid.boleh putus nafas.

Air

Water,H2O,ataupun ataupun R.O water..sukatan dia mengikut kadar karbaid yang lu bubuh.Agak-agak gas hidrogen yang terbebas memerlukan 2 mol air,maka masukkan dua gelas,satu dalam buluh satu dalam perut.mudah kan kalkulesyen dia..

Precaution:jangan buat tektik bodoh pergi tuang air soya bandung untuk bunyi yang lebih maju.

Saya lupa nak bagitawu,jangan jadi bangang pergi cucuh meriam dari depan.Nanti muka lu jadi tak hensem satu hal,saya pulak kena tangkap ISA satu hal. Memang saya luku kepala sorang sorang.

Precaution:ni bukan indoor game,pergi main dekat tengah padang la woi..

Baca CARA BUAT LEMANG DAUN PISANG
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post