Sangat Penting!! 10 Maklumat Dilarang Kongsi di Internet

Amatlah penting bagi pengguna laman sosial supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka. Kelalaian mampu menyebabkan anda terdedah dengan risiko jenayah.
maklumat dilarang kongsi di internet
Berikut adalah 10 maklumat yang dilarang kongsi di facebook & twitter: 

1. Tarikh lahir

Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama jika kad bank anda hilang atau menjadi sasaran seseorang. Tak mustahil mereka akan menggunakan tarikh lahir anda untuk melakukan transaksi

2. Nama ibu

Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Ini menyebabkan risiko akaun laman sosial anda dihack amat tinggi.

3. Alamat rumah

Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda menyatakan status bahawa anda tiada di rumah.

4. Perjalanan jauh dari rumah

Status yang memberitahu anda tiada di rumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘si penjenayah’ licik yang tidak anda sangka.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat

Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai

Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!

7. Pengakuan atau kekecewaan

Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon

Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.

9. Mengira detik percutian anda

Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti. Mana tahu ada yang merancang untuk melakukan jenayah semasa ketiadaan anda.

10. Gambar di dalam rumah

Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Apabila anda menangkap gambar dan menayangkan dalam facebook berkemungkinan semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.

*** Buang kotak barangan baru jauh dari rumah.

Apabila anda membeli barang baru seperti TV, laptop, komputer, pastikan anda tidak membuang kotak tersebut di tong sampah depan rumah. Kalau boleh buang di tempat yang jauh dari rumah anda agar penjenayah tidak tahu anda baru saja membeli barangan baru yang mahal.

Semoga bermanfaat!
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post