Tea @ teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun tidakselamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan.Segelas teh o ais yang segar atau air putih?
Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily, menuliskan risikomengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu karang. Kajian inidilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minumanteh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.
Zat kimia ini menyebabkan pembentukan kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makanlain seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.
Walaupun kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jikapenumpukan Kristal sangat mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dariginjal ke pundi kencing, dan akan menyebabkan rasa sakit hebat.
"Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman yang paling tidak disyorkan," papar Dr. JohnMilner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.
"Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas,namun jangan berlebihan."
Seperti dimaklum, kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan buahpinggang, dan tea ais mungkin adalah penyebab meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.