Bayi Perempuan Mati Digigit Tikus


Bayi Perempuan Mati Digigit Tikus : Seorang bayi perempuan yang baru lahir mati akibat digigit tikus dimukanya.
Bayi Perempuan Mati Digigit Tikus
Seorang bayi perempuan berusia 12 hari yang dilahirkan pramatang mati dimakan oleh tikus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah wad hospital di Chennai, India.
Pada mulanya ibu bapa kepada bayi itu diberitahu bahawa daging koyak pada wajah bayi perempuan mereka adalah disebabkan oleh septisemia. Tetapi kemudian mereka diberitahu bahawa sebenarnya luka itu disebabkan gigitan tikus.
Medik memberitahu polis bahawa mereka tidak menghantar mayat bayi ke rumah mayat hospital kerana ia adalah untuk orang dewasa sahaja.
Mayat bayi itu telah diletakkan di satu sudut di Kasturba Gandhi Women and Children Hospital semalaman.
Menteri kesihatan tempatan, VS Vijay berkata: “Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat itu. Kami akan menggantung doktor yang terlibat jika mereka melakukan kecuaian.” -via My Tabloid-
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post