Abby Abadi Bersyukur Dapat Hidayah Ilahi


Abby Abadi Bersyukur Dapat  Hidayah Ilahi : Abby Abadi hari ini mengucapkan syukur kerana telah dikurniakan kepadanya hidayah ilahi yang selama ini dicari-carinya.

Abby Abadi Bersyukur Dapat Hidayah Ilahi
HULU BERNAM – Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap meleka dan mengabaikan, namun Abby bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.
Itulah diantara detik perubahan terpenting yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.
“Agama sentiasa ada dalam hati saya. Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.
Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.
Abby berkata, umat Islam sepatutnya menjadikan agama sebagai cara hidup dan bukan budaya atau hanya mengamalkan sebahagian ajarannya.
“Alhamdulillah anak saya juga faham dan mereka yang tahu mengaji, menghayati kandungan al-Quran sampai nangis-nangis. Nasihat saya, buatlah apa saja tapi kalau boleh biar dekat dengan agama,” katanya menjawab soalan pengunjung program tersebut.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post