Kondominium Mewah Garaj Kereta Di Ruang Tamu

Anda seoarang jutawan tetapi tidak mempunyai rumah seakan MTV Cribs kerana kekurangan ruangan tanah di negara anda? Tak boleh nak letak kereta kepunyaan anda di laman untuk dipamerkan. Di Singapura terdapat kondominium mewah Hamilton Scotts yang membenarkan penghuninya meletakkan kereta mewah mereka di ruang tamu. 

Kereta mewah milik penghuni boleh dipamerkan di ruang tamu mereka untuk digunakan untuk menunjuk-nunjuk. Dua biji kereta boleh diletakkan di ruang tamu sekaligus. Kereta dimasukkan ke dalam garaj pada tingkat bawah sebelum dinaikkan ke ruang tamu setiap kondo dengan menggunakan lif. Harga sebuah kondo Hamilton Scotts bermula dari SGD 7 juta dan meningkat sehingga SGD 25 juta untuk penthouse empat bilik.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post