Friday, November 23, 2012

Sabah Sarawak Belum Maju Disuruh Sabar Aje??

Artikel ni saya petik dari sabahdaily September 2012. Rasa penduduk Sabah Sarawak mesti sakit hati dengan kenyataan beliau ini. Sampai bila nak maju?? Kasihan negeri kaya tapi rakyat miskin. Saya merasai sendiri kesusahan apabila betugas di Sarawak.

Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya. -MK



Patutlah Sabah Sarawak tak maju sebab sumber asli belum habis masuk dalam kocek pemimpin UMNO! Kalau sudah habis rakyat Sabah dan Sarawak kenyang dengan pemimpin UMNO yang telan semua hasil bumi Sabah dan Sarawak kan begitu??

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...