Meteor Raksasa Jatuh Di Rusia


METEOR dilaporkan jatuh dan meletup di atas kawasan pegunungan Ural, Rusia, pada Jumaat pagi,  15 Februari 2013, waktu setempat. Akibatnya, 400 orang cedera, termasuk dilukai oleh pecahan kaca.
Mengutip pernyataan Kementerian Darurat (Emergency Ministry), bilik berita Associated Press melaporkan serpihan metor jatuh di daerah yang jarang penduduk di wilayah Chelyabinsk.
Juru cakap Kementerian Dalam Negeri Vadim Kolesnikov mengatakan 400 orang telah meminta bantuan medik setelah insiden tersebut, sebahagian besar harus dirawat kerana terkena pecahan kaca akibat ledakan.
Kolsenikov juga mengatakan sebuah atap fabrik berukuran 600 meter persegi juga runtuh.
Sebelumnya, juru cakap Kementerian Darurat Irina Rossius mengatakan telah terjadi hujan meteor. Namun seorang juru cakap lain dalam pernyataan kepada bilik berita Interfax mengatakan yang terjadi adalah jatuhnya meteor tunggal bersaiz raksasa.
Video siaran amatur di tv Rusia memperlihatkan sebuah objek melintas cepat di langit sekitar pukul 09:20 waktu setempat, dan meninggalkan jejak berupa asap putih tebal dan kilatan cahaya.
Asap laluan meteor yang meletup di Rusia hampir menyamai kuasa dari kamehame ha Son Goku dari dragon ball.

Kesan kerosakan akibat letupan meteor.



Ia adalah sebahagian dari tanda kiamat. Perghh Armageddon, meteor 2012 ini ada kaitan dengan asteroid yg bergerak berhampiran bumi iaitu asteroid 2012 yang dipantau sejak 15 tahun lalu.



Benarlah kata-kata Allah yang maha besar...
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post