Barcelona Kalahkan Malaysia 3-1


Barcelona FC menewaskan Malaysia XI 3-1 dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2013/2014 di Stadium Shah Alam, di sini, sebentar tadi. 


Perlawanan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Harimau Malaya hasil rembatan kencang Amri Yahya pada minit ke-17. 

Namun kegembiraan anak buah Rajagobal tidak bertahan lama apabila Barcelona menyumbat gol penyamaan menerusi tandukan Cesc Fabregas pada minit ke-31 dan jaringan Neymar Jr minit ke-43. 


Ia disusuli jaringan mudah oleh Gerard Pique pada minit ke-75. 

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan ’Los Blaugrana’ memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lalu. 

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.

Sumber Bharian
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

  1. Alhamdulillah ok la Malaysia dapat gol kan 1. baru kan XD kihkihkih abang miza asyik cakap nasib meesy tak main malam tu kalau tak memang habis la malaysia XD

    ReplyDelete
Previous Post Next Post