Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands

KARAK: Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.

Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit. 

Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 


Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.

Sumber : Bharian


Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah terkorban ialah 37 orang, 16 cedera.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa mangsa yang terkorban terdiri daripada 32 Cina, tiga India dan dua Melayu. Semua mangsa dibawa keluar pada jam 8.15 malam.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.
Gambar bas genting jatuh dalam gaung yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. Mangsa yang terlibat dianggarkan dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun.

Gambar bas jatuh gaung di genting highlands:









 Update Terkini Bas Genting Jatuh Gaung   37 Terkorban\\

Gambar Sekitar Kejadian Bas Genting Highland Jatuh Gaung, gambar bas jatuh gaung di genting highland, gambar bas genting jatuh gaung, gambar bas jatuh gaung












Antara kemalangan bas di Genting Highlands
5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.
30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.
29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.
16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.
Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
 Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

Previous Post Next Post