Maksud CC dan BCC Pada Email


Rujuk BLOG CIKGU INI

Kita seringkali guna email, tapi sesetengah orang xsedar akan kegunaan cc dan bcc yang terdapat dalam emel. Contohnya, aku sendiri la yang selama ni xpernah tahu dan ambil tahu tentang kegunaan Cc dan Bcc ni. Cuma baru-baru ni je discover tentang maksud dan cara penggunaan benda ni selepas kena design interface emel
Cc
Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy. Sekiranya kita memasukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima. Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruanganRecipient/To
cc_usage
Contohnya dalam kes di sebelah ni, penerima asal emel adalah Samad tetapi Muthu juga turut menerima satu salinan emel tersebut sekiranya alamat emel Muthu diletakkan dalam ruangan Cc. Kandungan emel yang diterima oleh Samad juga terdapat nama Muthu di bahagian Cc. Samad boleh nampak dan tahu bahawa selain dirinya sendiri, Muthu juga menerima kandungan emel yang sama. Cc bertujuan untuk memaklumkan progress tetapi tiada tindakan yang perlu diambil oleh penerimanya atau dalam erti kata lain individu itu tidak terlibat secara langsung
Bc
Bcc pula adalah singkatan kepada Blind Carbon Copy di mana ia digunakan apabila kita mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain.  Di situlah terletaknya kegunaan fungsi Bcc ini di mana ia boleh menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain
bcc_usageSeperti contoh yang terdapat di sebelah, penerima asal emel ialah Samad namun di ruangan Bcc ada diletakkan alamat emel Muthu. Ini bermakna Muthu juga menerima emel yang sama tanpa Samad mengetahuinya
Fungsi ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin menghantar emel kepada penerima berlainan tanpa mereka mengetahui bahawa emel itu dihantar secara pukal. Di ruangan emel mereka, alamat emel penerima lain yang biasanya diletakkan di dalam ruangan Bcc tidak akan dipaparkan. Agak praktikal untuk digunakan ketika menghantar tugasan kepada pensyarah di mana alamat emel ahli kumpulan boleh dimasukkan dalam ruangan Bcc sebagai backup kepada fail yang telah dihantar
Diharap lepas ni kepada yang sebelum ni xtahu tu, dah boleh cuba menggunakan fungsi ni. Selamat mencuba :)

Rujuk BLOG CIKGU INI
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post