Cara Menjaga Bateri Handphone Supaya Tahan Lama

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone



Bagi pengguna handphone, masalah yang sering dialami adalah bateri mudah rosak atau “kondem” dalam beberapa bulan tempoh penggunaan. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak berpuas hati terhadap produk yang dibeli. Tidak kiralah handphone jenis apa sekalipun, jika tidak dijaga dengan rapi baterinya akan mudah rosak dan perlu ditukar dengan yang baru.
Tidak hairanlah ramai diantara kita mengadu “Handphone baru beli 3 bulan lepas tapi bateri dah kondem”. Sebenarnya masalah ini bukanlah datang 100% dari jenis produk itu tetapi masalah ini datang dari diri kita sendiri. Pengguna tidak tidak tahu cara bagaimana untuk menjaga bateri handphone supaya tahan lebih lama.


1. Off handphone ketika mengecas
Pastikan handphone anda dalam keadaan off semasa mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban dalam proses kimia dalam bateri.

2. Elakkan cas handphone di dalam kereta
Komponen bateri handphone mudah rosak jika selalu menggunakan pengecas di dalam kereta. Hal ini demikian kerana arus elektrik di dalam kereta tidak stabil dan ini memberikan kesan buruk kepada bateri handphone. 

3. Habiskan bateri(empty) sebelum dicas
Untuk mengelakkan “memory effect” pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum ia dicas semula.

4. Elakkan haba
Haba yang tinggi menyebabkan bateri mudah rosak. Paling berbahaya adalah bateri juga mungkin akan meletup akibat haba yang terlampau tinggi.

5. Sentiasa mengawal
Mengecas terlalu lama boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan menggelembung. Jadi, elakkan mengecas handphone terlalu lama atau “over charge”.

6. Pastikan bateri penuh sewaktu pertama kali dicas
Tempoh mengecas bateri handphone untuk kali pertama adalah berbeza-beza mengikut jenis bateri. Selalunya untuk kali pertama mengecas handphone baru dibeli adalah selama 3 jam. Untuk bateri jenis Ni-Mh dan Ni-Cd ia memerlukan masa selama 8 jam untuk dicas kali pertama.

7. Jangan guna handphone semasa sedang dicas
Menggunakan handphone ketika mengecas adalah sangat-sangat berbahaya dan boleh mengundang kecelakaan. Bateri akan mudah menjadi panas jika digunakan sewaktu mengecas. Selain itu, ini boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan meletup.


Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post