Wednesday, May 20, 2015

Cara Kempiskan Perut

Apa yang boleh anda buat untuk kempiskan perut?
Macam banyak je kan? Di dalam ini saya senaraikan tiga cara untuk kempiskan perut yang boleh digunakan.
Dan jangan bimbang: semua ni selamat dan takkan menyebabkan anda terbaring kepenatan!
#1 Makan pada waktu ini (sebab boleh naikkan metabolisma badan)
Cuba makan protein pada pukul 3 atau 4. Maksud saya macam protein bar ataupun snack yang mengandungi protein.
Snack boleh meningkatkan metabolisma badan dan menstabilkan gula dalam darah. Lagi satu, makan setiap 3 atau 4 jam bagus untuk metabolisma anda.
#2 Kurangkan pengambilan gula (kalau boleh sesifar mungkin!)
Menurut Jorge Cruise, penulis The Belly Fat Cure, pengurangan pengambilan gula boleh memastikan tahap insulin rendah dan glucagon tinggi. Glucagon, satu hormon, ialah kawan baik anda kalau anda nak perut kempis.
Lagi sikit gula yang anda ambil, lagi kurang insulin dan lagi tinggi glucagon… dan ianya semudah tu.
#3 Kunyah makanan betul-betul
Dawn Jackson Blatner, penulis The Lexitarian Diet menyatakan mengunyah ialah tip no 1 yang diberikan oleh beliau kepada orang ramai untuk menghalang “bloating” (kembung perut). Kunyah makana sampai makanan dah ‘lunyai’ dalam mulut. Penghadaman bermula dari mulut dan tanpa pengunyahan yang betul, makanan tidak akan dihadam dengan baik.
Makanan yang dihadam baik bermakna kurang angin dan bloating.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...