Tuesday, December 30, 2008

Siapalah Diriku..

Siapalah diriku hanya insan biasa, semua itu sungguh aku tiada mampu..

Monday, December 22, 2008

Titisan Airmata

Setitis air mata gugur
Menyembah ke bumi
Mencermin segala duka lara
Menggambar himpunan rasa
Sepi seketika …..
Redup pandangan ….
Pedih menahan gugur sang mutiara…
Lantas segera…
Dihalakan bebola mata ke langit
Terasa kerdilnya diri
Tiada istimewa
Penuh kedhaifan….
Serba kekurangan….
Maha ketandusan…

Dihimpit masalaah…
Luruh seluruh sekeping hati….
Lemah semangat yg tersemat jitu
Sendu sendan melagukan suasana hidup
Acapkali otakku berligar
Knp harus diri dijerat…
Dikurung dlm penjara yg dibina sendiri…?
Membiarkan diri lemah….
Dikecam dgn seribu satu masalah yg berbeza…
Dugaaan yg tidak kenal erti penghujung…
Kuyup mata membasahi pipi..
Dikenang soalan yg tiada jawapan….
Aku sendiri tertanya….
Sampai bila kita harus menanti…
Menunggu jawapan kepada persoalan hidup…
bukankah penantian itu penyeksaan…?
Memeluk tubuh dirasa menghangatkan…
Meraung kepiluan…meratap kesepian.
Dikira beban di jiwa berkurangan sudah…
Hakikat tiada perbezaan…
Dhaifnya manusia pabila diuji
Dikira diri hebat…
Realiti penuh kelemahan….


Mata ditutup dgn erat…
Menghirup udara sedalamnya….
Melepaskan suatu keluhan berat di jiwa
Lemahnya aku ya tuhan….!!!!
Raung batinku mengucap kata-kata penyesalanku
Aku bukan siapa-siapa….
Hati berbisik
Namun tedetik jua di onak fikiran..
Sampai bila kelemahan itu harus hidup?
Sekarang ngertikah kau?

Tuesday, October 28, 2008

Kisah Anjing Jepun Hachiko

Kisah benar seekor anjing yang sangat setia pada tuannya. Sentiasa menghantar dan menunggu tuannya balik dari kerja di station keretapi setiap hari. Satu hari tuannya meninggal di tempat kerja dan Hachiko tidak menyedari dan sentiasa tetap menanti dengan setia di station keretapi akan kepulangan tuannya selama 10 tahun sehingga kematiannya pula. 

Kalau sesiapa pergi ke Tokyo dan melalui stesen keretapi Shibuya anda akan dapat melihat patung gangsa Hachiko kerana di situlah sejarah kesetiaan ini terjadi. Setiap kali tengok trailer cerita ni setiap kali air mata aku terkeluar. 

Sedih ooo...belum tengok cerita penuh dia lagi. Tidak ada orang yang tidak akan menangis menonton filem ini. Filem ini telah mencapai box office di Jepun pada tahun 1987 dan Hachiko versi Inggeris lakonan Richard Gere dijangka keluar pada tahun ini (mungkin hujung 2008).


Friday, August 29, 2008

Genap Berumur 22 Tahun

Hari ini genaplah daku berumur 22 tahun. Wow memang tak sangka boleh mencapai umur ini dan dah boleh memegang watak sebagai seorang hero dalam sesebuah filem. Semoga sentiasa panjang umur murah rezeki Azim

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...