Ok sempena Syawal yang mulia ni ramai yang buat majlis hari raya/rumah terbuka. Kalau majlis tu mestilah kena dimulakan doa dulu kan, oleh sebab aku pun kena bace doa untuk majlis esok, ni doa yang korang boleh guna pakai...
Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.
Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.
Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
اللهمّ يا ربّ العالمين
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم
الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
رَبَّنا انَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ امِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ انَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.
Bismillah, dgn izin guna doalepas solat Hari Raya ini. Trm ksh.
ReplyDelete