Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua

"Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba gementar.

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi. Ini adalah
untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu menepati kehendak kedua belah keluarga.

Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak keluarga
apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang dibawa
bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian
daripada keluarga tersebut ataupun tidak.

Jadi apakah yang harus anda lakukan pada pertemuan pertama?

Hobi


Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah
mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar
berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca
mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa
ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian


Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali
pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan


Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka
tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau
kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

Kekasih Lama


Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas
kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab
secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian


Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki,
elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi
yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung
dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang


Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke
dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai,
anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya
anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap anda,
bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut.
Anda seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana
setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada hidup
anda.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post