April Fool

Utk renungan dan pengajaran semua..
Asal Usul April Fool 
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.
 Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
 Kepala  mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan  sewaktu  memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka  rancangan  'penganiayaan'  ini. Yang  penting mereka puas melihat  muka  mangsa-mangsa  mereka  merah padam kerana dipermain-mainkan.
 Bagaimanapun,  tanpa  mereka  sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
 Sewaktu   zaman   persekolahan   dahulu,  penulis pernah  terbaca  tentang suatu  terjadi  yang  berlaku  pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang  agama,  telah  mengucapkan  'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya   dengan   niat   untuk  melawak. Isterinya  yang  pada  mulanya terpinga-pinga   terus   meraung  apabila  si  suami dengan  muka  selamba kemudiannya  mengucapkan  'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk   meraung   apabila   diberitahu   bahawa talak   yang   dilafazkan telah pun jatuh!!!
 Berbalik  kepada  perayaan  April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula  dirayakan  sewaktu  kejatuhan  kerajaan  Islam di  Sepanyol. Setelah
bertapak  berkurun-kurun  lamanya  si  Granada, Sepanyol,  kerajaan  Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di  Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan  diri.  Tentera-tentera  Kristian bagaimanapun tidak berpuas
hati  dan  berusaha  untuk  menghapuskan orang-orang  Islam  dr  Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari  Sepanyol  dengan  selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan  menggunakan  kapal-kapal  yang  berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya  tawaran  tersebut merupakan   suatu penipuan,
telah  pergi ke perlabuhan  untuk  melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati,  mereka  membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka  mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan
lalu  menuju ke perlabuhan.
 
Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian  membakar  rumah  penduduk-  penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat   untuk  menaiki  kapal  kerana  semuanya dibakar.  Pihak  Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh  kesemuanya, lelaki,  perempuan, serta anak-anak kecil.
 
Peristiwa berdarah  yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga  di  serata  dunia.  Yang menyedihkan,  orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa  menyedari  mereka  sebenarnya  merayakan ulang  tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
 
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
 
Petikan  drpd  Risalah  Fikrah  -  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq
 

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post