Kisah Seorang Perokok Insaf

Saya merupakan seorang perokok pasif. Dalam erti kata lain, orang yang tidak pernah merokok, tetapi menjadi mangsa asap rokok.


Saya kesuntukan masa, langkah dipercepatkan. Berjalan, berjalan dan berjalan sehinggalah melintasi sekumpulan pakcik yang sedang leka berborak.

Beberapa saat selepas melepasi kumpulan pakcik itu, langkah saya mula perlahan. Kesannya memang serta merta. Jantung semakin kencang mengepam darah. Saya mula tercungap-cungap. Pernafasan mula tersekat-sekat. Dahi mula berpeluh.

"Pakcik-pakcik semua.....I hate you." kata saya di dalam hati.

Langkah saya diteruskan dalam keadaan sesak nafas, cuba untuk melintas ke seberang jalan.

Saya mula bernafas menggunakan mulut, kesan nikotin dan tar serta karbon monoksida itu memang sensitif terhadap saya.

Sebaik sahaja menaiki sebuah pengangkutan awam, seorang lelaki duduk di sebelah saya. Di tangannya jelas kelihatan sebatang rokok yang menyala puntungnya.

Saya mula rasa nak menangis. Sungguh, saya sangat sesak nafas ketika itu, saya terlupa membawa inhaler.

Asap rokok berkepul-kepul. Mata saya mula berair. Saya sangat memerlukan inhaler ketika itu. Saya menutup hidung dan mulut dengan tudung dan bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Lelaki di sebelah mula perasan akan keadaan saya, dia mula pelik melihat saya, lalu segera mencampakkan rokok itu.

"Terima kasih............Terima kasih....Terima kasih kerana memahami." kata saya di dalam hati.



Mengapakah mereka yang merokok ini langsung tidak pernah memikirkan tentang orang di sekeliling mereka?

Tahukah mereka asap rokok itu sangat mengancam nyawa penghidap asma?

Tahukah mereka asap rokok itu menyempitkan saluran pernafasan penghidap asma?

Tahukah mereka apa yang terjadi sekiranya pernafasan tersekat?

Tahukah mereka serangan asma akut memerlukan rawatan kecemasan?

Tahukah mereka membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut boleh membawa maut?

Tahukah mereka bahawa di sekeliling mereka ada orang yang sedang berusaha untuk hidup?

Kenapa mereka yang merokok langsung tidak pernah faham itu semua?

Mereka rasa mereka merokok, dan membunuh diri mereka sahaja.

Tidak. Mereka membunuh orang lain.

Bahkan rokok itu tidak mengancam nyawa mereka.

Hanya memberi kesan jangka masa panjang.

Tetapi rokok itu memberi kesan serta merta bagi golongan seperti saya.

Kerajaan berkempen, supaya perokok berhenti merokok, bukan kerana mereka sayangkan perokok, ataupun tidak mahu perokok menemui ajal.

Kerajaan berkempen, kerana mereka bimbang akan nyawa kami, golongan yang berusaha untuk hidup.

Kerana perokok mengancam nyawa kami.

You think they ask you to stop smoking, because they care about you?

No. It's not about you, because you don't love yourself, it's about us.

Us, the one who wants to live.

· “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

· Ummu Salamah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

· Rasulullah saw bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340)

Rasanya macam tak cukup pula hadis di atas. Sebentar. Saya cari ayat Quran yang panjang sikit.

الَّذينَ يَتَّبِعونَ الرَّسولَ النَّبِىَّ الأُمِّىَّ الَّذى يَجِدونَهُ مَكتوبًا عِندَهُم فِى التَّورىٰةِ وَالإِنجيلِ يَأمُرُهُم بِالمَعروفِ وَيَنهىٰهُم عَنِ المُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيهِمُ الخَبٰئِثَ وَيَضَعُ عَنهُم إِصرَهُم وَالأَغلٰلَ الَّتى كانَت عَلَيهِم ۚ فَالَّذينَ ءامَنوا بِهِ وَعَزَّروهُ وَنَصَروهُ وَاتَّبَعُوا النّورَ الَّذى أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ ﴿١٥٧﴾(157) "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.

Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;

dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Al-Araf:157)

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post