Kenapa Osama Mati Sekarang?


Saya kadang-kadang tertanya, betul ke apa yang berlaku dalam tragedi 11 September adalah satu perbuatan yang benar-benar di lakukan oleh orang Islam? Padahal dalam Islam itu sendiri, kita tidak digalakkan untuk melakukan kezaliman. Alasan Osama Bin Laden (yang mengaku bertanggungjwab tragedi itu) ialah, dunia barat yang mengamalkan kebebasan hiburan telah mempengaruhi dunia Islam itu sendiri. Jadi, Osama berhasrat untuk menghancurkan Barat. Ini bukanlah cara yang di ajar oleh Rasulullah SAW.

Pada zaman Nabi SAW, peperangan yang tercetus hanyalah melibatkan tentera sahaja, Bukan orang awam, kanak-kanak dan wanita. Jadi disini dah terbukti bahawa cara yang diambil oleh Osama Bin Laden melalui rangkaian al-Qaeda adalah salah sama sekali.

Mengikut pemerhatian saya, sebenarnya Tragedi 11 September, Osama Bin Laden dan al-Qaeda adalah dicipta sendiri oleh Yahudi sebagai satu alasan yang kukuh untuk menghapuskan Islam. Lebih sesuai sekali dengan perkataan boneka.

Dengan kecanggihan teknologi yang moden yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Saddam Hussein dapat dibunuh dalam jangka masa yang singkat saja. Jika nak diikutkan, Osama Bin Laden juga dapat dibunuh dalam masa yang singkat seperti pembunuhan Saddam Hussein tadi.

Pihak Amerika mengatakan bahawa mereka dapat menangkap Osama Bin Laden (kononnya) hidup-hidup tetapi dia terbunuh dalam tembak-menembak yang berlaku dan dia terbunuh akibat terkena peluru di kepala. Jelas kelihatan ke-bongkak-an Amerika Syarikat.

Kesimpulannya, kita kena berhati-hati dengan setiap berita oleh Barat terutama sekali melibatkan Islam kerana dunia Barat dari dahulu lagi sudah terkenal dengan pelbagai helah mereka.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post