Petua Untuk Tahan Lama



Mesti korang teruja kan nak tahu bab-bab tahan lama nie kan.Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo. Ewah ewah ewah,korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? 

Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

KELAPA PARUT 

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. 
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. 
Gunakan sebelah pada 31 December 2012. Dan sebelah lagi 
pada 1 January 2013. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ? 

NASI/LAUK 

Biar tahan lebih lama, 
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. 
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke. 

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS 

Kalau untuk lebih 'tahan lama', 
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. 
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. 
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa... 

PAKAIAN. 

Nak tahan lama 
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. 
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. 
Jangan bawa mandi kat beach. 
Gantung bila disimpan. 
Cuci guna air jeram/hujan. 
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. 
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... 
BAJU SENDIRI SIMPAN. 

KERETA 

Nak tahan lama. 
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. 
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk. 
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama. 

KENYANG 

Kalau nak tahan lama, 
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa 
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. .. 

UMUR 

Umur nak tahan lama? 
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan 
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi 
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah). 

ROKOK 

Rokok nak tahan lama? 
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja. 
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat 
hahaaa.... 

TIDUR 

Nak tahan lama tak tidur malam 
Rajin-rajinlah tidur siang. 

HUBUNGAN 

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, 
Jujur dan ikhlas je!!!! 

Last word: 
SELAMAT BERTAHAN LAMA... 
............ ...sentiasa terbuka dan rasional.



P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button 'LIKE' kat bawah nie,button 'SHARE' kat atas tau,Terima Kasih.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

Previous Post Next Post