Apa Itu Domain Dan Hosting


Bila berkata tentang domain dan hosting, masih ramai lagi tak tidak tahu apa itu domain dan hosting. Macam mana nak beli dan dimana nak beli. Kebanyakan orang menganggap domain dan hosting ni mahal dan tak ramai yang berani untuk menggunakannya.Domain dan hosting sinonim dengan CMS seperti WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain CMS yang ada. Tapi yang paling terkenal ialah WordPress. Untuk menggunakan WordPress, korang perlulah ada domain dan hosting sendiri untuk pasang fail-fail WordPress ini.



#Maksud

Domain (atau URL)  ialah nama sesebuah website/blog. Contohnya www.airasia.com. Kebiasaanya domain berakhir dengan .com, .net, .org dan lain-lain lagi. Orang biasa menggunakan domain .com kerana mudah diingat dan murah. Terdapat juga domain lain seperti .my, .com.my, .edu.my, .biz, .info, .mil dan lain-lain lagi. Harga-harga domain ini berlainan mengikut jenis domain.

Sub Domain ialah tambahan url di belakang atau dihadapan sesebuah domain itu. Contohnya www.airasia.com/blog/ atau pun www.blog.airasia.com. Domain ini ialah percuma dan korang boleh buat gantikan 'blog' dengan apa-apa nama yang korang mahu dan seberapa banyak korang mahu. Untuk setting lokasi sub domain sama ada dihadapan atau dibelakang boleh dilakukan di CPanel hosting korang.

Parked Domain ialah domain berlainan nama yang menuju ke website yang sama. Contohnya www.airasia.com dan www.airasiacomel.com. Bila seseorang menaip salah satu domain itu tak kirala www.airasia.com atau www.airasiacomel.com, mereka akan dibawa ke website/blog yang sama iaitu www.airasia.com. Biasanya parked domain digunakan apabila website/blog itu berpindah menggunakan domain yang lain dan mereka tidak mahu kehilangan pelawat lama.

Addon Domain ialah domain tambahan didalam hosting yang sama. Beza addon domain dengan parked domain ialah addon domain mempunyai website/blog sendiri contohnya jikalau korang membuka www.airasia.com dan www.airasiacomel.com, korang tidak akan dibawa ke blog/website yang sama. Domain www.airasia.com akan membawa korang ke blog lain dan www.airasiacomel.com akan bawa korang ke blog yang lain.

Untuk senarai harga domain di DataKL, boleh merujuk jadual dibawah.

harga domain


Web Hosting ialah ruang storang untuk korang meletakkan fail-fail WordPress atau CMS lain yang korang pilih. Web hosting terbahagi kepada 2 jenis iaitu Shared Hosting dan Dedicate Hosting. Setiap web hosting ini terbahagi kepada 2 jenis lagi iaitu Windows Hosting danLinux Hosting. Benda ini korang tak perlu ambil tahu sangat pun.

Shared Hosting ialah ruang storan yang dikongsikan bersama dengan pelanggan lain yang melanggan di tempat sama korang beli hosting ni. Dalam erti kata lain, dalam satu komputer server mereka, mungkin ada 6 atau 7 orang lain yang berkongsi ruang storan dengan korang. Jenis hosting ini lebih murah kerana korang hanya perlu bayar sewa setahun sekali dan sesuai untuk syarikat kecil atau blogger biasa.

Dedicated Hosting ialah ruang storan yang disediakan khas untuk fail-fail korang. Maksudnya dalam satu komputer server mereka, hanya ada fail-fail korang sahaja dan tidak berkongsi dengan pelanggan lain. Hosting ini lebih mahal berbanding Shared Hosting kerana korang perlu membayar sewa setiap bulan. Hosting jenis ini sesuai untuk mereka yang ada forum, syarikat besar-besar, blog yang dikunjungi ramai orang, dan kalau korang ada banyak duit.

Tips memilih hosting:

1. Tanya dahulu kepada rakan-rakan yang berpengalaman menggunakan web hosting dan minta pandangan mereka.

2. Pilih pakej hosting berdasarkan matlamat korang. Adakah korang nak berblogging secara biasa-biasa atau nak buat forum dan lain-lain.

3. Bandingkan harga antara penyedia web hosting dan domain dan pilih yang mana korang mampu.

4. Baca doa dan tawakal.

#Harga

Sebenarnya domain dan hosting tidaklah mahal, bergantung kepada jenis domain dan pakej hosting yang korang beli dan dimana korang beli domain dan hosting tersebut. Lain tempat lain harga dan pakej mereka. Domain dan hosting ini sebenarnya korang sewa dan perlu dibayar setiap tahun. Tapi bagi Dedicate Hosting, korang perlu bayar setiap bulan.

Harga hosting bergantung kepada pakej yang korang pilih. Semakin besar ruang storan dan bandwidth yang korang pilih, semakin mahal la. Kriteria yang korang perlu titik beratkan semasa memilih hosting ialah ruang storan, berapa bandwitdh sebulan, berapa domain korang boleh letak dalam hosting, dan harga.

#Ruang Storan

Kebanyakan penyedia web hosting menyediakan ruang storan sebanyak 1GB hingga 5GB untuk pakej mereka yang paling murah. Ruang sebanyak ini sebenarnya amatlah cukup untuk korang yang berblogging secara biasa-biasa sahaja. Tapi kalau korang ada rancangan lain seperti buat forum ke, pilih la yang lagi besar.

#Bandwidth

Bandwidth ialah jumlah data yang keluar masuk dari hosting korang. Kebiasaannya pakej terendah mereka menawarkan antara 10GB sehingga 30GB sebulan.Bandwidth adalah benda yang paling merisaukan blogger/web master kerana jikalau sesebuah blog/website kehabisan bandwidth, pelawat tidak dapat membuka blog/website korang. Jangan risau kalau bandwidth habis kerana korang boleh top-up bandwidth dengan harga yang murah.

#Jumlah domain dalam satu hosting

Kebiasaanya, pakej paling murah dan rendah sekali mereka hanya menawarkan satu domain untuk satu web hosting sahaja. Maksudnya korang hanya boleh meletakkan satu domain contohnya www.airasia.com dalam satu hosting. Kalau korang nak guna addon domain lain contohnya www.airasiacomel.com terpaksala beli hosting lagi atau upgrade pakej hosting korang.

 Untuk menggunakan domain sendiri pada blog korang, tidak semestinya korang kena beli domain dan hosting sekali. Jikalau korang dah ada blog di blogspot, boleh je beli domain sahaja digunakan pada blog blogspot korang. Hanya domain sahaja yang bertukar, platform korang masih lagi tidak bertukar iaitu blogspot. Hosting hanya perlu dibeli kalau korang nak berpindah dari blogspot ke wordpress sahaja.Dengan menggunakan domain sendiri, blog korang lebih mudah untuk diingati dan senang untuk dibuka.

Banyak penyedia domain dan hosting di Malaysia seperti DataKl, Sepaku Hosting, ServerFreak, Exabyte dan banyak lagi yang menawarkan pakej domain dan hosting yang menarik. 

Sumber : pakeri.com

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post