Cara Mengatasi Masalah 3M

masalah 3m2 Masalah 3M di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem?
Sebelum ini dunia pendidikan di Malaysia dikejutkan dengan angka yang boleh dikatakan cukup membimbangkan apabila 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah bagi seluruh negara tidak mencapai tahap penguasaankemahiran asas 3M (iaitu membaca, mengira dan menulis). Ramai yang terkejut. Yang buat-buat terkejut pun ada.
KUALA LUMPUR – Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan rakyat negara ini. Ahli-ahli akademik menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu.
Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik.
“Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata,” katanya.
Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik. Mengulas isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan.
“Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan. “Ketika ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian Pelajaran,” katanya.
Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.
“Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak-kanak. “Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah,” katanya.
Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat.
“Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju. “Saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman sekarang,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia Online
3m Masalah 3M di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem?
Saya rasa kita tidak patut menyalahkan guru-guru semata. Tidak semua guru begitu. Segeintir kecil sahaja. Perkara ini tanggungjawab semua :
  1. Ibubapa janganlah lepaskan tanggungjawab bulat-bulat kepada guru-guru semata dan sekolah umpama “pusat jagaan anak percuma dan murah”. Rajin semak buku, beg, handphone, jumpa guru tanyakan perkembangan anak dan lain-lain lagi….
  2. Kementerian pun patut kena lebih buat kerja. Banyak kemudahan di kawasan pedalaman tidak mencukupi
  3. Pelajar itu sendiri mesti ada kemahuan untuk belajar
  4. Realitinya, ada kawasan di mana tidak wujud pembelajaran permulaan seperti tadika, KEMAS ataupun prasekolah. Jadi bagaimana murid yang tidak pernah ke tadika atau prasekolah untuk menghadapi pelajaran tahun 1, sedangkan kurikulum sekolah rendah hari ini tiada lagi sukatan untuk mengajar huruf ABC tetapi terus kepada membaca. Bayangkan? Silap guru?
  5. Umpama diajar berjalan walaupun tak pandai merangkak. Maka ada guru  di sekolah terpaksa mengajar kembali dari asas dan ini menyebabkan guru terpaksa keluar daripada sukatan pelajaran. Andai kata ikut sukatan, maka akan ada yang ketinggalan
  6. Kepada rakan guru, usahakanlah dan kerahkan sepenuh tenaga dan daya untuk tingkatkan tahap pembelajaran anak murid terutama mereka yang masih lemah dalam menguasai 3M. Usaha anda sangat ipuji oleh masyarakat
Jadi rasa tidak silaplah angka 60% masalah 3M di Malaysia yang didedahkan baru-baru ini. Memang tidak sepatutnya kita menunding jari hanya menyalahkan hnaya satu pihak.  Teori yang kata guru tidak mengajar hanya membantu lulus peperiksaan hanya fitnah yang tidak berasas. Ramai sebenarnya yang mengatakan tugas guru adalah mudah dan ringan, hakikatnya tugas guru  tidak pernah ada sudahnya…Kadang-kadang apabila tak dapat habiskan silibus, pengurusan akan menuding jari mengatakan guru tak buat kerja dalam pada yang sama berdepan dengan masalah 3M dikalangan pelajar-pelajar lemah.
Persoalannya sekarang :
  1. Pihak manakah yang susun silibus?
  2. Pihak mana yang mengadakan peperiksaan?
  3. Yang merangka sistem pendidikan negara. Pihak mana?
Ada sistem dahulu yang saya nampak lebih praktikal sebagai contohnya tidak membenarkan pelajar yang tidak berkelayakan untuk meneruskan ke tahap seterusnya. Maknanya kita tidak mengejar kuantiti, tetapi kualiti. Biar lambat sikit tetapi sekurang-kurangnya masalah 3M di Malaysia tidak terus “bernanah”. Murid-muri yang lemah diberikan perhatian bukannya terus di[pinggirkan. Jadi, guru-guru dapat fokus kepada pelajar yang mempunyai masalah 3M dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pembelajaran dengan silibus yang ada.Ini yang dinamakan “Masteri Learning”, betul tak guru-guru? Masteri learning merupakan pengajaran berperingkat mengikut tahap penguasaan yang telah dikuasai.
“alif ba ta pun tak pandai, dah nak disuruh mengaji al-quran”
“No one but us ourselves-no one can and no one way. We ourselves must walk the path, teachers merely show the way.” — Nancy Wilson Ross
masalah 3m Masalah 3M di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem?
Kenapa saya katakan komitmen ibubapa sangat penting dalam meneruskan kesinambungan pengajaran dan pendidikan di sekolah. Saya berikan contoh yang lebih jelas bagaimana sumbangan dan sokongan ibu bapa dapat membantu dalam pendidikan anak-anak, saya bawakan anda ke Sekolah kluster S.K. Ulu Lubai Limbang, Sarawak sebagai contoh . (anda boleh tengok kedudukan sekolah tersebut guna google map jika mahu) sekolah pedalaman, tapi prestasi akademik berada ditahap yang membanggakan, murid boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah serta tidak segan untuk berbual dalam Bahasa Inggeris
  1. Ibu bapa bagi pelajar-pelajar di sekolah ini kebanyakannya penoreh atau pencari hasil hutan. Bagaimana sekolah ini boleh capai tahap seperti? Cikgu import dari Oxford University ka? Ibu bapa mereka semua lulusan universiti ka?
  2. Cikgu? Cikgu biasa sahaja, keluaran maktab yang kebanyakannya fresh graduate @ 1st posting. Ibu bapa pun belajar takat sekolah rendah sahaja. Ada yang tak habis sekolah pun. Kebanyakannya hanya tahu membaca menulis dan mengira yang asas sahaja. Tetapi………………………
  3. Tetapi, apabila murid-murid ini balik ke rumah panjang, mereka (ibu bapa) akan pastikan anak mereka ni buat kerja rumah,buat latihan, yang si abang dan kakak akan ajar si adik. Di sudut rumah panjang mereka ada sudut bacaan dan sudut untuk ulangkaji.
  4. Ibu bapa mereka tidak akan buka radio jika anak mereka masih belajar. Jika berkelapangan, ibu bapa akan pergi ke sekolah, bantu pihak sekolah buat pelbagai benda yang mereka boleh bantu.Nah! lihat sendiri komitmen ibu bapa…bukannya lepas anak ke sekolah macam tu ja ( apa lagi kalau jenis berfikiran semudah ini
  5. Yang pentingnya di sini “TANGGUNGJAWAB & KOMITMEN”
Kalau dirujuk kepada beberapa murid/pelajar yang berjaya dengan cemerlang, apakah latar belakang mereka? Sekadar contoh, Adik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008. Adakah bapa dan ibunya berpendidikan tinggi? Hemm..mungkin mak dia kerja kat Universiti Malaysia Kelantan maka Nik Nur Madihah cemerlang. kot……….???
Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Yang jelas lagi bersuluh…ibu bapa perlu dan wajib berikan usaha serta menyumbangkan kejayaan anak-anaknya selain usaha yang datang dari dalam diri individu itu sendiri, bukan asyik nak main tuding kepada guru semata 100%. Jadi ibubapa ambil beratlah berkenaan anak anda supaya aroma anak yang berjaya dapat dirasai bersama….Dan kementerian tengok-tengoklah sistem pendidikan di Malaysia…..
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

  1. Thanks.... maklumat dan ulasan yang sungguh baik....


    ReplyDelete
Previous Post Next Post