Ciri Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi:

a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar.


b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.


c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum.


e. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.


f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.



Kata kunci: guru cemerlang, ciri guru cemerlang, ciri-ciri guru cemerlang, tips menajdi guru cemerlang, definisi guru cemerlang, ciri guru yang emerlang, ciri2 guru cemerlang, ciri guru besar cemerlang


Jom baca LAGI
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post