Enam Amalan Meningkatkan Etika Perkhidmatan Awam

Setiap penjawat awam perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam. Oleh itu, sesebuah organisasi kerajaan perlu sentiasa memberi kesedaran kepada anggota Perkhidmatan Awam tentang kepentingan Etika Perkhidmatan Awam untuk dipatuhi. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan Etika Perkhidmatan Awam;

· Anugerah atau pengiktirafan dan penghargaan
Anugerah dan penghargaan yang berbentuk pengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian dan cenderamata bagi mereka yang telah memberi perkhidmatan cemerlang dalam perkhidmatan. Anugerah dan penghargaan ini penting bagi merangsang semangat dan meningkatkan prestasi penjawat awam.

· Sesi dialog dan perbincangan
Sesi dialog dan perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk memberi semangat kepada penjawat awam agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

· Makalah jabatan
Sesebuah organisasi kerajaan perlu menghasilkan makalah jabatan. Rencana-rencana berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam boleh dimasukkan ke dalam makalah ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada penjawat awam tentang etika tersebut. Di samping dapat menerealisasikan etika tersebut, secara tidak langsung ia dapat menerapkan amalan membaca dalam kalangan penjawat awam.
· Majlis jamuan minum teh atau hari keluarga
Majlis jamuan minum teh atau hari keluarga atau majlis-majlis lain yang sesuai boleh dijalankan pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh pihak jabatan. Majlis seperti ini memberi peluang dan kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan untuk beramah dan bergaul mesra antara satu sama lain di samping dalam menanamkan semangat kekitaan.

· Kursus atau latihan
Kursus atau latihan yang sesuai boleh diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat agar dapat menambahkan kecekapan bekerja. Melalui aktiviti ini juga mereka dapat memperbaharui kemahiran, menambah ilmu pengetahuan dan dapat menjamin Perkhidmatan Awam terus relevan. Contoh kursus atau latihan yang boleh dijalankan adalah seperti kursus ICT, kursus pengurusan fail dan juga kursus integriti.

· Manual kerja atau jadual kerja
Pihak organisasi kerajaan juga perlu menyediakan manual kerja atau jadual kerja serta buku panduan jabatan atau unit. Ini menjadi garis panduan kepada penjawat awam dalam menjalankan tugas masing-masing agar tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Kesimpulannya, setiap penjawat awam perlulah sentiasa menghayati Etika Perkhidmatan Awam agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap etika yang telah ditetapkan dan setiap penjawat awam wajib mematuhi etika tersebut.


Kata kunci: enam amalan etika perkhidmatan awam, etika perkhidmatan awam, soalan kissm etika perkhidmatan awam, penjawat awam, amalan perkhidmatan awam

Jom baca lagi di SINI
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post