Peringatan Kepada Pengguna Android



 Peringatan Kepada Pengguna Android!
 
Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya. Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi. Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya. Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.
SMS Trojans 

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung. Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman. Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.
Carrier IQ 

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya. Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.  

Aplikasi Preloaded  

 Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.
Kedai Palsu Google Play 

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya. Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.

Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan. Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.
Peringatan Palsu 

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post