Planet Zuhrah Lintas Matahari

Beberapa keping gambar Venus Transit yang diambil dari Masjid Daerah Sandakan. Untuk yang tidak tahu, fenomena transit itu merujuk kepada objek yang lebih dekat, kelihatan lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih jauh dan ia hanya akan berlaku apabila tiga objek berada sejajar atas garisan lurus. 


venus+transit+03


Jadi hari ini, sekiranya korang melihat permukaan matahari menggunakan teleskop (bersama filter/penuras), korang akan melihat fenomena Venus Transit dimana planet Zuhrah, melintasi di hadapan permukaan matahari dan boleh dilihat terus dari Bumi. 

Seperti gambar dibawah, korang akan lihat planet Zuhrah kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan matahari 

venus+transit+02


Fenomena ini biasanya dapat dilihat, apabila planet Zuhrah melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari. Ketika ini, Matahari, Zuhrah dan Bumi berada berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit bumi dan Zuhrah dan ia akan berlaku secara ulangan selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun. 

venus+transit+01


Fenomenan transit Zuhrah boleh dilihat dari semua tempat di Malaysia, bermula matahari terbit sehingga pada pukul 12.49 tengah hari ini. 

venus+transit+05


Bagi yang ingin melihat fenomena ini, terdapat beberapa kaedah yang selamat untuk dicuba iaitu dengan melihat menggunakan kaca mata gerhana, menggunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria, dan menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin. 


Untuk kaedah pantulan, imej yang diperoleh dari teleskop, binokular atau cermin akan dipancarkan ke dinding ataupun kertas kadbod, dan korang akan dapat melihat imej yang terpancar sahaja. 

venus+transit+06
Kumpulan Pencerapan Venus Transit 6 June 2012 Dari Masjid Daerah Sandakan, Sabah

Kata kunci: planet zuhrah, planet zuhrah lintas matahari, gambar planet zuhrah, venus lintas matahari 2012, planet lintasi matahari, fenomena 2012, gerhana bulan, gerhana matahari
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

2 Comments

Previous Post Next Post