Bahaya Memberi Nombor Akaun

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali terutama kenalan melalui Internet bagi mengelak ia disalah gunakan oleh sindiket penipuan yang didalangi oleh warga Afrika.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, warga Afrika yang terlibat dalam jenayah siber akan menggunakan akaun bank milik  individu tempatan di negara ini, bagi mengelak mereka dikenali dan dikesan oleh pihak berkuasa. Beliau berkata, ada pemilik akaun merupakan individu yang dikenali suspek dan secara sukarela bersekongkol dengan kumpulan penjenayah itu, tetapi ada juga langsung tidak menyedari mereka dipergunakan.

“Sebagai contoh, ada lelaki orang kurang upaya (OKU) tempatan yang ditahan bersama sekumpulan sindiket warga Afrika yang memperdayakan seorang guru wanita melalui penipuan cinta siber di Melaka baru-baru ini, langsung tidak tahu akaun banknya telah digunakan untuk kegiatan jenayah. “Dia terkejut apabila ditahan dan dimaklumkan terlibat dalam sindiket penipuan bersama penjenayah Afrika kerana dia langsung tidak mengenali suspek,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini baru-baru ini.

Syed Ismail berkata, lelaki terbabit menjadi mangsa kepada kumpulan sindiket berkenaan setelah menyerahkan nombor akaunnya kepada seorang anggota sindiket yang menyamar sebagai wanita dari United Kingdom dan menggodanya melalui laman sosial Facebook. Beliau berkata, akibat sudah jatuh cinta, mangsa tidak berfikir panjang dan bertanya lanjut apabila diminta memberi nombor akaun kepada rakannya yang tinggal di Puchong di sini.

Dalam pada itu, Syed Ismail turut menasihatkan orang ramai agar jangan percaya apabila ditawarkan hadiah oleh individu yang dikenali melalui Internet dan diminta supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak tertentu tertentu yang kononnya bekerja dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).Kredit: CG Forum
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post