Pemuda Disangka Peragut dan Dibelasah Akhirnya Mati


SUNGAI PETANI 8 Okt. - Hanya kerana disangka terlibat dalam kes ragut, seorang pemuda teruk dibelasah dan menemui ajal selepas hampir seminggu bertarung nyawa di hospital. 

Pemuda malang itu, Ku Ameerul Arshad Ku Salim diserang menggunakan objek tumpul oleh sekumpulan lelaki di rumah rakannya di Lorong 53, Taman Ria di sini pada 2 Oktober lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi semasa mangsa berjumpa rakannya di sebuah rumah. Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pukul 9.40 pagi ini.

Bapanya, Ku Salim Ku Long, 58, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan keluar dari rumah awal malam untuk berjumpa rakannya.
"Semasa berada di rumah itu, dia bersama lima lagi rakan yang dikatakan sedang berehat ketika didatangi sekumpulan 20 lelaki.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post