Soalan Popular Temuduga SPP

Ini saya copy dari blog orang sahaja...


Bangun seawal tiga pagi. Otak dah cukup tidur agaknya. Terus bangun, tengok tv. Pusing balik, takde cerita menarik. Terus pergi ke laptop. Buka Running Man Episod 36, Kim Hyun Joong, guest dalam game kejar-kejar.   Habis gelak, terus buka game Simply Hospital, game doktor-doktor. Haha. Macam-macam. Serious mana ada life pepagi buta ni.

Pastu buka blog. Tengok entry semalam - Dokumen untuk Temuduga SPP. Pastu cari soalan-soalan yang famous. Certain orang dia tak suka baca untuk SPP, certain orang ambil tahu pasal SPP. Masa depan beb. Lainlah kau memang cemerlang dan tak perlu buka buku, buka paper, buka tv untuk tahu benda-benda yang berlaku sekitar kau.

Ayat yang biasa diutarakan oleh mereka:
1. Just do it. No need baca lah..
2. Weh, apa soalan yang depa tanya eh..?
3. Hai geng, nak tau lah..apa yang aku patut tahu before pergi interview?
4. Tawakal je la..

Heh. Aku bukan orang pandai, jadi sebab tu aku mahu study. Lainlah kau, memang cemerlang belaka. Jadi tak payahlah berlagak seperti hero dan heroin dan beranggapan SPP ini kacang belaka.. Tak baik untuk kesihatan. So disini, aku collect soalan-soalan famous untuk interview SPP.

Soalan-soalan famous untuk temuduga SPP
  1. Rukun Negara
  2. Falsafah Pendidikan Negara
  3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
  4. 16 Nilai yang terkandung dalam FPK dan mana datangnya nilai-nilai tu.
  5. Teori-teori pengajaran dan pedagogi yang berkaitan - behavior theory, constructivist theory, humanistics theory, cognitive theory dan sewaktu dengannya. Pastikan tahu siapa tokoh2nya.
  6. Cara mengajar dan cara meningkatkan motivasi murid ikut teori behavior, sosial dan kognitif (berdasarkan kepada teori2 pembelajaran)
  7. PIBG
  8. Struktur pentadbiran
  9. Isu-isu semasa dalam dan luar (baca paper, tengok berita)
  10. Isu Pembunuhan Osama
  11. Isu-isu pendidikan yang terkini
  12. Menteri-menteri Kabinet
  13. Nama menteri pelajaran dan pengajian tinggi berserta timbalannya
  14. Nama pengarah pendidikan mengikut negeri masing2 berserta timbalan
  15. Wawasan 2020
  16. Dasar 1 Malaysia
  17. SBT
  18. MBMMBI
  19. 1 Murid 1 Sukan
  20. Modal Insan
  21. NKRA
  22. KSSR
  23. LINUS
  24. KPM
  25. PIPP
  26. Konsep Integriti
  27. Ibu negara-negara dunia
  28. Pasal sekolah sendiri - KURI/HEM/KOKU
  29. Lagu sekolah
  30. Lagu negeri
  31. Sejarah Negeri tempat mengajar - Contoh bilakah sarawak masuk malaysia? atau kenapa limbang berada di tengah-tengah limbang?..
  32. Rancangan Pengajaran Harian + Refleksi (waktu sesuai tulis refleksi)
  33. Mengajar depan Panel
  34. Menilai pencapaian murid-murid berdasarkan kepada Taxonomy Bloom
  35. Jenama kereta keluaran German, France - ada juga soalan camni..LOL

Format SPP baru
Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
20% (penyampaian)
30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
30% (pengetahuan isu2 semasa)

*Ada lagi, nanti aku update. Haha. Pada siapa yang dah interview, tahniah. Pada siapa yang belum, good luck! :) Hope ini akan membantu

Sumber:
1. Guru2 Februari 2011
2. PISMP IPG - 1st Graduation

*update dari Fareez Shahrir

Gile ah interview spp tanye pasal fakta2 susah. siap suruh kaitkan dgn sistem pendidikan jepun dan barat. pastu terangkan 16 nilai2 yang terkandung dalam FPK. Dari mane datangnye nilai2 yang terkandung dlm FPK. Teori2 berkaitan. PIBG. struktur pentadbran. naik pening aku. naseb aku tenang.

*Update dari

soalan interview spp..salah sorg my friend

attire: bj kurung. kasut bertutup, stokin, nametag.kalo hr khmis, pakai bj batik. lelaki, anda dikehendaki memakai blazer. ladies x perlu.

soalan intrvw yg ditny pd sy:

1. cm biasa dia soh perkenal diri creta sal family semua2 tu. Ckp sampai dia soh berhenti.

2. dia tny flsafah pendidikan kebangsaan (hafal full)
-then, maybe dia suruh elaborate sikit 1 elemen dlm flsafah
pendidikan.
cthny: 'FPK = pendidikan di malaysia ialah suatu usaha secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani emosi rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan….(satu lg ayat tu jgn lupa hafal jg)

dia soh sy terangkan apa tu kepercayaan kepada Tuhan.
ada 3.
a. percaya bahawa wujudnya Tuhan
b. percaya bahawa adanya pencipta yang mencipta dunia ni.
c. percaya adanya balasan / kehidupan lain selepas mati. Perbuatan baik dibalas baik dn sblikny.

3. Dia soh terangkan ttg 1 Malaysia
a)apa itu satu malaysia,

b) 8 nilai2 terkandung dlm 1 Malysia : ketabahan, rendah diri, budaya kecemerlangan, kesetiaan, penerimaan, pendidikan, meritokrasi, (2 lg sy x ingt)
-nnti dia soh terangkan salah satu dr nilai tu.
- kalo boleh, terus shj bckp/ terang apa2 sj pasal 1 Malaysia ni. Tak perlu tggu dia minta kita terangkan.

c) motto 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

4. ciri2 guru cemerlang. (goreng ja ni)
-cth: tepati masa , menyediakan abm dan menyiapkan lesson plan sblum masuk kelas, ever ready sblm msuk kelas, sabar dengan kerenah pelajar2 etc.

5. kmdian, motto n visi sekolah.

6. budaya baik yg diamalkan d sek dan yg patut diteruskan.
Cthny: sebelum masuk ke kelas, pg2 bc doa, nyanyi lagu negaraku, sblum bunyi loceng, mainkan bacaan ayat-ayat al-Quran etc. (sy sek Chinese, mmg x de semua benda2 ni), tp most student 6.30 pg dh ada di sek. 7.20 nyanyi negaraku, 7,25 start blaja. (dato’ tu ckp bila, semua pelajar dtg awal, jd, pengawas x perlu tggu pelajar2).

ini yg ditny dato’ tu pd sy. dlm 10 minit je.(dato' ni sgt sempoi ^__^) Mgkin sbb sy org second last, dh pukul 1 time tu. Dia intrvw dr pukul 7.30 pg. jd, dah penat kot…

adilah pun dah diintrvw.. dia 5 org sebelum sy.
Dato’ tu tnya juga adilah pasal teori2 constructivism, behaviourism etc. sy dia x tnya.
Kalo yg course PJ, dia byk tnya pasal SUKAN. ikut course lah.

Tp ikut intrvwr jg.
Yang dato’ ni tnya bnda2 yg sy ckp kt atas.
Yg bilik satu lg, tn haji intrvwr ny sessi 7.30 pagi, dia x tny semua2 ni.
Just Tanya pasal pengalaman kita , mslh2 dihadapi di sek, n cr kita atasi.
Kwn yg diintrw oleh tn haji tu ckp, sesi tu cm bersembang je. Dia tnya kita, kita tnya dia…

Tapi, bila sesi pukul 10.30 ke atas, sesi dengan tn haji tu ada yang kena sampai 30 minit sorg. Dia tnya pasal Modal insan.

Sesi sehari sebelum tu, ada intrvwr Chinese. Itu mmg dia tnya kaw2 lah..

Kitorg ada prepare nama2 menteri, jwtnkuasa KPM, JPN, PPD n sekolah, budget ’11, isu2 semasa, NKRA, Tonggak 12, tapi semua ni stkt sesi 21 oct tu, x ditny.
Tp, sy nasihatkan prepare shjlah kan. Lain intrvwr, lain carany.

p/s: academic trnscript jgn lupa apply awal2. uitm ambil masa nk proses. borang kewangan 8 sila minta pada kerani. dpt surat, tnjuk pada kerani supaya kerani boleh tolong dptkn dokumen2 yg patut.susun dokumen ikut susunan yg diberi.

*Update dari Zatie Afiqah

soalan spp dia tnya haitu sal diri sendiri, sejauhmana keberkesanan homework yg diberi kpd murid...dan garis panduan guru perlu patuhi utk bg homework..smuanya ada dlm taxonomy bloom..dan kena bt demo pnp dgn rakan2 lain jd pelajar...lepas tu akan bg komen persembhan pnp yg dibuat..overall xyah risau sngt yg penting sgala dokumen asal masukkan dlm clear folder nt kt situ dia dh kiira markah kita apapun gud luck smua


 Tuan/puan juga dikehendaki membawa Buku Rancangan Pengajaran Harian semasa praktikum untuk sesi temu duga.


Apakah contoh-contoh soalan yang panel penemuduga selalu ajukan?
Kebiasaannya dalam 1 bilik temuduga ada 2 orang panel yang berpengalaman yang akan menemuduga anda. Kebiasaannya dalam 1 sesi 5 orang calon akan masuk serentak. Tetapi soalan yang ditanya jawab secara individu. Di antara soalan-soalan yang ditanya.

  1. Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?
  2. Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan 1 kaedah yang digunakan dalam PNP.Oleh itu ulangkaji Ilmu Pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan teori yang betul)
  3.  Apakah yang anda faham mengenai Falsafah pendidikan Negara?
  4. Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S ?
  5. Apakah MBMMBIPBSSAPS,SPPBS?
  6. Sekolah berprestasi tinggi.
  7. NKRA Pendidikan
  8. Pelan Strategik Interim
  9.  RMK 10 Pendidikan
  10. Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kos anda : Cth bagi KPLI j-QAF Apakah Peranan Guru j-QAF dalam membangunkan modal insan.
  11. Maklumat baru: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia.
  12. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia.
Anda juga harus faham bahawa Ahli Panel bukan sebarangan orang, anda perlu menunjukkan sikap professional yang mencerminkan anda seorang pendidik. Selain itu, anda juga perlu bersedia dengan soalan-soalan yang tidak dijangka berkenaan isu-isu semasa. Mungkin juga anda rasa jawapan betul atau salah tidak mengapa janji bercakap dengan yakin...Ooopss anda SILAP. Sememangnya mereka inginkan jawapan yang betul. Setiap jawapan yang betul ada markahnya, keyakinan terletak dalam kategori lain yang dinilai bersama. Panel Penemuda sudah berpengalaman dan sudah jumpa ramai calon, jadi anda perlu tunjukkan anda adalah orang yang layak untuk jawatan ini.

Anda juga hendaklah berpakaian kemas dan bersih. Sememangnya anda sudah berpengalaman sebelum ini mungkin ketika temuduga KPLI atau Jawatan lain.

Perlu diingatkan juga, salah 1 perkara yang sangat penting adalah Sijil Akademik anda, boleh dikatakan jika anda gagal menunjukkan Skrol Ijazah anda mereka akan ‘hold’ jawatan anda, sepatutnya anda dapat DG41, tetapi kerana gagal menunjukkan sijil tersebut anda perlu mengambil temuduga semula pada akan datang. 

Oleh itu, pastikan senarai semak anda betul-betul lengkap dan sijil-sijil disahkan oleh pegawai yang layak.
Selamat berjaya kepada semua calon...
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

  1. salam,
    terima kasih atas perkongsian...
    bakal dutemuduga...

    :(

    ReplyDelete
Previous Post Next Post