Berbohong memang selalu mendatangkan perasaan bersalah dan membuat seseorang merasa gelisah. Bukan hanya membuat anda tidak tenang, berbohong juga boleh membawa kesan buruk bagi kesihatan. Tahukah Anda, bahawa beberapa komplikasi kesihatan boleh anda alami kerana berbohong, salah satunya adalah stroke.
Menurut Saundra Dalton-Smith M.D, penulis “Set Free to Live Free”, sebagai permulaan, dengan berbohong sebenarnya anda melepaskan hormon stress. Ini adalah hormon yang juga memicu apa yang disebut “Fight or Flight Response”.
“Berbohong dapat meningkatkan stress hormon yang boleh mengakibatkan degup jantung dan tarikan nafas meningkat, pencernaan melemah, serat saraf dan otot menjadi sangat sensitif,” kata Smith seperti dikutip dari Bettyconfindential.com.
Hal ini mungkin tidak berpengaruh serius. Tapi, jika sering terjadi, dapat menyebabkan penyakit seperti jantung koroner, stroke, dan gagal jantung kongestif. Itu kerana tekanan darah di jantung meningkat ketika anda berbohong.
“Ini dapat mengancam kehidupan jika terjadi dalam waktu yang lama,” kata Dr Smith.
Itulah sebabnya ujian detektor kebohongan atau Polygram boleh akurat, kerana mengukur tekanan darah. Berbohong sesekali memang tidak langsung membuat anda terkena stroke. Tetapi, jika kebohongan menjadi kebiasaan, itu boleh jadi bencana bagi anda dalam hal risiko stroke yang semakin besar.
Menurut hasil penelitian yang dipublikasi dalam “Journal Consciousness and Cognition” oleh Jabatan Psikologi Ghent University di Belgium, selalu mengatakan kebenaran membuat seseorang makin sulit melakukan kebohongan. Dan, sebaliknya makin sering orang berbohong, makin sulit dia mengatakan kebenaran.
Mereka yang berbohong setiap hari atau telah menyimpan rahsia besar selama bertahun-tahun mungkin akan lebih berisiko mengalami gangguan kesihatan dibandingkan yang jarang berbohong.
Seiring dengan komplikasi dari tekanan darah tinggi, “pembohong kronis” juga dapat berisiko terkena penyakit yang sama dengan seseorang yang mengalami stress kronis, seperti kanser, diabetes, dan penyakit jantung.
Dengan pemikiran ini, berbohong nampaknya memang berisiko tinggi bukan hanya bagi kesihatan psikis tetapi juga fizik. Sebiaik mungkin jangan menyakiti seseorang secara emosional dengan membohonginya. Mengatakan kebenaran dan bersikap jujur adalah hal terbaik yang dapat anda lakukan untuk kesihatan diri sendiri.
“Daripada terjebak dalam lingkaran kebohongan, yang terbaik adalah konsisten mempraktikkan kebenaran,” kata Dr Smith. Suumber | hotreload2u.blogspot.com