Kereta Perodua Viva Turun Harga Rm5300

Perodua VivaIya, betul, seperti yang tertulis di tajuk artikel ini, kereta yang paling mampu milik dalam negara kita ini telah pun diturunkan lagi harganya. Perusahaan Otomobil Kedua, Perodua, menurunkan harga Perodua Viva, bukan satu varian, malah kesemua varian Viva, dengan menerima penurunan harga diantara RM3,000 sehingga RM5,000.
Berikut ialah senarai harga baru untuk model Viva (di Semenanjung Malaysia);
  • Viva 660 BX (manual) – RM22,000 (harga lama RM25,000, pengurangan RM3,000)
  • Viva 850 (manual) – RM27,900 (harga lama RM33,000, pengurangan RM5,3000)
  • Viva S 1.0L (auto) – RM29,900 (harga lama RM35,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (manual) – RM32,900 (harga lama RM38,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (auto) – RM36,800 (harga lama RM41,300, pengurangan RM4,500)
Harga baru selepas penurunan ini bermula dari semalam di kesemua 181 bilik pameran Perodua seluruh negara. Selain dari menikmati pengurangan harga, pembeli turut layak menerima pakej servis tiga tahun secara percuma yang sekarang ini ditawarkan kepada pembeli-pembeli model Perodua baharu.
Disamping itu, jika anda membeli dari sekarang sehingga 31 Oktober akan menerima rebet tunai sebanyak RM800. Haa, tunggu apa lagi, sila cergas ke bilik pameran Perodua berdekatan anda!

Perodua Viva 660cc in red

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post