UIAM Dilanda Banjir Kilat 2014


Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut.

"Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.

"Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.

Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan.

Beberapa pelajar UIAM telah memuat naik gambar situasi di kampus berkenaan


Berita Sumber : awani


Gambar : 






Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post