Kuala Lumpur: Cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum.
Begitulah reaksi spontan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) apabila mendapat tahu mengenai kebocoran kertas Sains UPSR sehingga peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini.
Sumber : Bharian Online
Pendapat Aku :
- Penjarakan je sampai belas-belas tahun, denda rarus ribu
- Besar impak kepada psikologi murid, turun semangat mereka
- Penat dan buang masa guru yang mengawas, mengajar, budak-budak stress
- Cukup sadis kepada mereka yang di sekolah pedalaman, nak kena exam lagi sekali
- Woi impak dia kena kat seluruh Malaysia, habis plan mereka yang nak pergi jalan-jalan tu
- Memang nak kena pembocor soalan tu
- Tak cukup lagi tu, korang pikir la sendiri apa impaknye lagi...ZZzzzz