Apa Kelebihan Bersunat?


Kelebihan Berkhatan  Bersunat
Dari sudut kesihatan, kelebihan berkhatan ialah seseorang dapat mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat terutama bagi wanita serta memberi keselesaan sewaktu bersetubuh.

Sains membuktikan amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan. Antara hasil kajian yang nyata mendapati kadar kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi.
Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan.

Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 jelas menunjukkan berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Kesimpulan daripada kajian ini mencadangkan lelaki digalakkan berkhatan untuk mengurangkan penularan wabak HIV di kawasan pinggir Sahara Afrika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan antara program mencegah HIV ialah dengan menggalakkan amalan berkhatan.

Berkhatan juga mengurangkan insiden jangkitan HSV-2 sehingga 28 peratus dan berkait dengan penurunan prevalen HPV dan risiko jangkitan kuman saluran kencing. Manfaat khatan juga dapat mengurangkan risiko isteri mendapat kanser pangkal rahim. Sumber: Kelebihan berkhatan

Kesan Tidak Berkhatan
Wujud kotoran yang berkumpul di antara kulup dan kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post