Cara Buat Jeruk Mangga

Care2 Buat Jeruk Mangga..


Gecor liur nengok mangga ija je dek pokok, moh kait.buat jeruk sedak kunyoh smbil nengok tb...

Bahan-bahannya:-

8-10 biji mangga muda
1 sudu makan kapur makan
3 sudu besar garam kasar
1-2 cawan gula pasir
2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
air secukupnya.

Cara-caranya:-

Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.

Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.

Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.

Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.

Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam
Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.

Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.

Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.
Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post