Monday, August 24, 2015

Cara Rawat Demam Selsema Tanpa Makan Ubat


Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema 

HALIA 
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari 

IKAN 
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik 

SAYURAN HIJAU 
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema 

BAWANG PUTIH 
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri ANTI-VIRUS dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
 
KUNYIT 
Boleh membantu dalam merawat jangkitan VIRUS dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema 

MADU 
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak 

AIR BERAS 
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam Ini adalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya

Pautan Sumber: mysumber.com

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...