Apa Akan Terjadi Jika Negara Muflis

      • 5144
    • Negara menjadi bankrap bukanlah suatu perkara yang baru. Selain daripada Greece, negara seperti Rusia dan Argentina juga pernah melalui situasi yang sama suatu ketika dahulu.

      Sebagai rakyat kepada sebuah negara, anda perlu tahu kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya negara menjadi 'default' semula, supaya mudah anda merancang masa depan:


  • 1. Inflasi matawang akan berlaku

      • Be9a
    • Apabila sebuah negara tidak dapat membayar hutang, wang akan dicetak dengan lebih banyak untuk membayar hutang tersebut. Tetapi masalah lain pula timbul, iaitu wang banyak tetapi nilainya susut atau jatuh. Harga barangan yang dijual di pasaran akan menjadi lebih mahal daripada biasa.
    • Sebagai contoh, Zimbabwe sedang mengalami inflasi teruk di mana tisu tandas yang biasanya berharga RM2.61 berharga sehingga $145,750 (RM1,525.16) di Zimbabwe. Itu baru tisu tandas, belum lagi barang yang lebih mahal harganya seperti barangan elektrik.
  • 2. Ramai orang bakal hilang pekerjaan

      • D85f
    • Ramai pekerja diberhentikan kerana kerajaan atau syarikat tidak dapat membayar gaji akibat pendapatan syarikat atau badan kerajaan tidak lagi kukuh. 

      Greece terpaksa menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka, tidak termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
  • 3. Harga cukai akan melambung tinggi

      • Click to Reveal
    • Cukai yang dikenakan terhadap rakyat juga melambung tinggi. Hal ini adalah bertujuan bagi mendapatkan dana bagi membayar semula hutang negara.
  • 4. Program-program di bawah naungan atau tajaan kerajaan akan ditamatkan

      • 7511
    • Perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti yang lain akan ditamatkan akibat kekurangan dana.

      Contohnya, program kesihatan dan pendidikan Indonesia tidak lagi dibiayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan. Ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.


  • 5. Simpanan anda dalam bank boleh "hilang" sekelip mata

      • 0579
    • Memandangkan inflasi teruk berlaku, institusi kewangan telah gagal dan wang kehilangan nilai, jadi apa yang anda miliki di dalam bank sebenarnya telah menghampiri kepada nilai "tak simpan apa-apa". Bayangkan, jika kamu memiliki simpanan RM1 juta di dalam bank, tetapi harga telur tiga biji pula RM 1.5 juta.

  • 6. Gaya hidup anda boleh berubah 360 darjah

      • C346
    • Kalau dahulu, boleh hidup senang, ada rumah, kereta dan kerja yang bagus. Kehidupan sosial juga adalah baik.

      Tetapi sebaik saja negara diisytiharkan bankrap, ramai yang hilang pekerjaan dan jatuh miskin. Kehidupan sosial juga terganggu kerana semakin ramai orang yang tidak lagi mampu 'bersosial' atau membuat aktiviti riadah lain. Keadaan ini akan menyumbang kepada berlakunya depresi di kalangan masyarakat.

      Sebagai contoh, ketika Argentina diisytiharkan muflis, kadar pengangguran meningkat sehingga 25%. Seramai 30,000-40,000 rakyat Argentina menjadi gelandangan dan penganggur, dan mereka mencari nafkah dengan menjual kotak terpakai.



  • 7. Rakyat akan hidup dalam bahaya

      • 16db
    • Apabila masyarakat mula tertekan dan tidak berpuashati dengan apa yang bakal terjadi, berlakulah huru-hara dan riot. 

      Kejadian rompak atau ragut juga mungkin akan lebih kerap berlaku, kerana semakin ramai orang yang terdesak.


  • Namun begitu, tidak bermakna negara yang diisytiharkan bankrap tidak dapat bangkit kembali

    • Negara Argentina pernah mengalami kejatuhan dalam kewangan negaranya pada tahun 1999 namun lihatlah ekonomi mereka kini, semakin bertambah baik.
    • Sumber  : http://says.com/my/lifestyle/apa-akan-jadi-kalau-negara-muflis
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

1 Comments

Previous Post Next Post