Tuesday, August 27, 2002

Nostalgia Cerita Gaban

Gaban mengambil masa 0.01 saat untuk bertukar. Sila saksikan dalam gerak perlahan. Hahaha..itulah dailog biasa apabila gaban bertukar kepada pakaian besinya. Inilah antara hero budak-budak yang lahir tahun 80an.

Selain Laser Cyber, potong dua!!, yang ni lagi satu dailog mesti dalam cerita Gaban : Seret Gaban ke ruang angkasa setan...... Huhu..teringat zaman budak-budak dulu. Kemana Gaban sekarang ni ye..... haha, nostalgia, nostalgia.

Sekarang ni budak-budak sibuk dengan cerita Naruto, One Piece, dan lain-lain. Mungkin keseronokkannya berlainan. Kita berubah mengikut zaman......

Inilah Gaban...... hahaha.



Tuesday, June 25, 2002

Makan Dulu

Menu malam ini adalah burger dan buah epal. Selamat makan yummy...

Thursday, April 25, 2002

Mari Kita Bersenam Meregangkan Badan!

Apa khabar semua? Dah bersenam ke hari ini? Saya sudah melakukan skipping sebanyak 800 kali dan push up sebanyak 15 minit berturut-turut. Kalau tak larat nak buat senaman ni semua jom buat senaman ringan sikit meregangkan otot-otot.

Kalau tak pandai nak buat pun cuba la buat apa2 aktiviti yang boleh mendatangkan peluh sikit sambil pasang lagu rancak baru sedap nak bersenam. Nih saya sediakan sikit cara bersenam yang mudah..


Nah, mudah bukan?? Ayuh kira 1, 2, 3, mula!! hahaha

Sunday, April 7, 2002

Kisah Mandikan Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...