21/12/2012??????
Kali ini saya ingin berbicara seketika tentang peristiwa 2012. Maklum lah byk juga assignment yg perlu sy siapkan walaupun sekarang ni sy sedang bercuti pertengahan semester. Jarang2 juga sy ada masa untuk menonton filem dan filem yg sy baru menonton adalah 2012. JIKA KITA MENAIP 21 DISEMBER 2012 di mana-mana search engine, kita akan dapati tarikh itu dikaitkan dengan Hari Kiamat. Malah di youtube, ada banyak video-video yang dikaitkan dengan tarikh tersebut. Adakah ia benar??? Malah sudah ada sebuah filem yang diterbitkan mengenai 21 Disember 2012.
Menurut mereka yang mengkaji tarikh tersebut, ada banyak bukti mengenai tarikh tersebut. Antaranya:
1. Kalendar kaum purba Mayan. Mayan adalah kaum purba yang pernah hidup di America Tengah, di Mexico. Orang-orang Mayan mempunyai kiraan yang tepat, malah lebih tepat dari kalendar yang kita guna sekarang. Kalendar mereka juga mampu mengira bila terjadi gerhana bulan dan matahari. Begitu juga mengenai tarikh 21 Dec 2012, kalendar mereka dapat menjangkakannya.
Ini adalah kalendar Mayan
Duit Syling yang digunakan untuk I Ching
2. I Ching milik Masyarakat Cina. Ia dicipta oleh Masyarakat Cina pada zaman Dinasti Shang. I Ching selalunya digunakan untuk melihat nasib tuah seseorang. Namun, ia juga dapat menjangkakan tarikh 21 Dec 2012.
I Ching Hexagram. Setiap bentuk Hexagram mempunyai maksud tersendiri, mengenai apa yang akan terjadi pada sesuatu atau seseorang.
3. Software Web Bot. Ia adalah software yang digunakan untuk menjangkakan masa depan. Pengkaji software ini mengatakan banyak yang dijangkakan ini telah berlaku seperti peristiwa 11 Sept 2001 dan Bencana Tsunami 2004.
Manusia akan sentiasa mengkaji mengenai bila akan berlaku kiamat. Seperti satu ketika dahulu, Y2K, apabila kita hampir memasuki alaf baru, terlalu banyak pendapat akan berlaku huru-hara terhadap sistem komputer. Walau bagaimanapun, ia tidak berlaku.
Namun sedarkah kita, bahawa kiamat itu adalah rahsia Allah. Hanya DIA yang mengetahui. Sedangkan kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak mengetahui bila akan berlakunya hari kiamat, apabila Baginda s.a.w. diajukan soalan itu oleh malaikat Jibril.
Tidak dinafikan, telah begitu banyak tanda-tanda kiamat kecil yang pernah disebut oleh Nabi s.a.w. telah berlaku. Sejak akhir-akhir ini juga, banyak bencana alam yang banyak seperti gempa bumi, tsunami, taufan, banjir, kemarau, tanah runtuh dan sebagainya. Iklim dan cuaca bumi telah banyak berubah dan menyebabkan peningkatan paras air di laut dan suhu bumi yang semakin panas kesan dari gas rumah hijau.
Sebagai orang Islam dan yang beriman kepada Hari Kiamat, tidak usahlah kita memikirkan sangat mengenai tarikh tersebut. Yang lebih penting kita mesti fikirkan dan risaukan, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi tersebut?Sudah cukupkan amalan yang ingin kita bawa bekalan ke akhirat?
Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan pertolongan daripada Allah, amin.......
Tags:
2012