Tuesday, September 14, 2010

Pengenalan Virus, Worm dan Trojan Horses.

Pengenalan Virus, Worm dan Trojan Horses.

virus : berpotensi untuk memusnahkan program komputer yang dijangkiti, mungkin juga mengubah cara komputer beroperasi tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

Worm : adalah sebuah program yang menduplikasikan sebuah fail secara berulang-ulang.worm biasanya akan menduplikasikan dirinya dalam koputer lain melalui network atau mana device seperti pendrive atau disket. worm biasanya akan menyebabkan sesebuah komputer shutdown tanpa kebenaran pengguna.

Trojan Horses : sebuah program yang mana ianya dihilangkan daripada pandangan (hidden) ataupun failnya menyamai fail yang sah atau fail windows. apa yang membezakan trojan dari yang lain ialah ia tidak menduplikasikan dirinya untuk menjangkiti komputer lain.

kesan-kesan yang dialami oleh komputer akibat dari virus,worm dan trojan horses.

screen akan memaparkan message yang tidak biasa kelihatan
music atau bunyi yang pelik akan dimainkan secara rawak
memory yang ditunjukkan kurang dari yang sepatutnya
program atau fail yang sedia ada hilang
fail rosak (corrupted)
Program atau files tidak berfungsi seperti biasa
program yang tidak diketahui atau fail yang tidak diketahui dipaparkan
properties sistem ditukar
Terdapat empat cara untuk menghantar virus, worm, dan trojan horses ini kedalam komputer :

membuka fail yang sudah dijangkiti
menjalankan program yang sudah dijangkiti
menghidupkan komputer melalui removable media yang dijangkiti dengan memasang pada drive atau port.
memasang komputer yang tiada protection kepada network.
Sekarang ini kebanyakan komputer yang dijangkiti adalan melalui email attachment. biasanya programer akan mencipta virus yang akan men”delete”kan semua files. Mereka akan menyimpan secara rahsia virus ini didalam word document dan menghantar word document ini melalui e-mail message. Kemudian mereka menggunakan email message ini untuk menghantar kepada jutaan pengguna seluruh dunia melalui internet. Sesetengah pengguna akan membuka attachment tersebut dan menyebabkan komputer mereka dijangkiti dan crash. Ada sesetengah user tidak akan membuka fail yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali. Mereka akan terus membuang atau men”delete”kan email yang tidak dikenali ini. Ini membolehkan komputer mereka selamat daripada dijangkiti.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...